
Amacam comel dan kiut kan kartun-kartun kat atas tuh? Bila saya tengok, terus keluar suara upin dan ipin di kepala. Kartun-kartun tersebut adalah dilukis khas oleh team baru iaitu Team Kreatif. Yang syoknya terdapat lebih dari 100 kad raya digital yang mereka telah hasilkan, fuh memang banyak. Semuanya kartun adalah unik dengan ucapan-ucapan yang berbeza. Mana taknya ada 6 orang pelukis dan 4 orang designer yang buat kad raya ni!
Siapakah Team Kreatif?
Team ini terdiri dari kartunis, animator dan pereka grafik. Saya pun baru mengenali mereka jadi saya rasalah kan mereka ini adalah team baru, betulkan saya kalau silap ye Wanwma. Haa…tapi saya kenal salah seorang dari mereka iaitu Wanwma. Kalau korang tak tahu siap Wanwma, beliau pernah menawarkan khidmat melukis potret wajah secara percuma. Salah seorang yang bertuah dilukis mukanyer ialah saya ler. Tidak dinafikan memang beliau seorang yang berbakat dalam bidang seni ini jadi tidak hairanlah 9 lagi member sepasukan beliau juga hebat seperti beliau sehingga dapat menghasilkan kad-kad raya kartun digital yang comey-comey belako, I suker lah!
Kelebihan Pakej Kad-Kad Digital ini
Kelebihan? banyak ma!
1. Bayangkan ada 100 atau 120 lebih kad. Setiap satu kad direka khas dengan lukisan kartun yang comel dan unik berserta ucapan-ucapan kerana direka oleh kartunis dan designer yang berlainan. Saya perhatikan setiap kad ada gaya tersendiri, ada yang kartun lembut seperti wanita-wanita bertudung, kartun kelakar, jiwang dan sayu. Jadi ada pelbagai pilihan, tak lah kartun spesen jek kan.
2. Kad-kad ini pasti boleh menjimatkan wang dan masa. Bayangkan kalau korang ada 100 kawan, tak termasuk saudara-mara, cucu, atuk dan nenek, semuanya ternanti-nanti kad raya dari anda. Masa pulak dah suntuk nak pergi beli 100 kad raya, wang lagi tak cukup, dan akhirnya hanya beberapa sahaja yang sempat menerima kad anda. Pastinya ada yang terasa. Jadi dengan 100 lebih kad yang disediakan dalam pakej ini, anda boleh menghantar kad ini menggunakan emel dan handphone sahaja pada bila-bila masa. zAZ! kejap je dah sampai. Jimat setem dan air liur sebagai gam sampul surat hehe…
3. Saiz yang diberikan khas untuk dihantar menggunakan handphone, email dan untuk print dan dihantar melalui pos pun boleh juga.
4. Harga untuk mendapatkan produk ini teramatlah murah berbanding kuantiti dan kualiti produk ini. Jika satu kad raya yang pernah saya design, paling mahal yang pernah saya caj adalah RM9. Dan untuk lukisan kartun pun yang paling mahal saya ambil ialah RM150. Yer, mahal memang mahal sebab apa gunanya caj murah tapi masa kita dikorbankan dengan bersengkang mata dan caj elektrik yang semakin meningkat. Nak lukis kartun bukan senang lor, kena ada kesabaran, tenik dan kemahiran. Sebab itu saya katakan harga yang ditawarkan untuk pakej kad ini amatlah murah, mungkin kerana mereka berkerja secara berkumpulan. Jadi siapa yang untung, anda juga
Harga pengenalan ialah RM20 untuk masa terhad, dan bakal dinaikkan harga nanti. Sudah tentu penjualan produk ini adalah sehingga Hari Raya, kalau dah lepas raya buat pe lagi nak hantar kad raya lagi kan
Jadi bagi anda yang ingin mendapatkan pakej ini, bolehlah lawati:








Mari sokong kad raya digital! Support untuk kurangkan aktiviti pembalakan di hutan..
hai selamat b’puasa, lama jgk ye awk x update blog nie..erm trimas inform psal kad raya nie..
Wah, best ni.. banyak kad bleh anta.
ye poey, apa lagi sambarlah hehe..
salam ziarah…
selamat menjalani ‘ibadah puasa…
semoga sihat-sihat selalu…
Waalaikumussalam, selamat menjalani ‘ibadah puasa juga.
awat e-kad atn xleh bukak? dh load action tp xdak pon.. mcm mn ni ya..
Roy_ Mustang, kalau dah dapat load, memang dah boleh buka :). Maksudnya tak dapat main ke?
Boleh tahu versi photoshop berapa?hanya versi cs2 ke atas jek blh main.