
Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih di atas pujian korang terhadap blog redesign nih, timekacih! Banyak lagi tak siap tuh antaranya page about, plugin-plugin yang perlu diinstall dan borang kontek. Kena curi-curi masa nak edit nih. Ni pun tengah siapkan beberapa projek klien termasuklah projek MinisiteTanpaPhotoshop untuk bulan Ogos. Nampaknya projek Ogos kena digabungkan dengan projek bulan September, harap ahli-ahli VIP MTP dapat bersabar sebab saya pasti berikan yang terbaik dan termantop untuk template-template yang dihasilkan dan yang pasti saya akan tunaikan bonus rahsia yang telah saya janjikan kepada anda. Nantikan ya!
Ok berbalik kepada tajuk utama pos, saya nak tanya, apakah cara yang terbaik untuk memotivasikan diri korang dalam perniagaan Internet? Haa..jawab?jawab? Ok takper saya sendiri jawab. Salah satu cara nak dapatkan motivasi ialah melalui pembacaan kisah-kisah pengalaman pahit manis dari orang-orang yang berjaya di Internet. Dengan kata lain, mereka yang dah berjaya ni digelar IM (Internet Markerter).
Di dunia Internet ini telah ramai yang berjaya membina tapak perniagaan tidak kisahlah dari segi kejayaan memberi perkhidmatan, penjualan produk, affiliate, blogger dan macam-macam lagi. Ada yang menonjol dan ada yang bergerak secara underground. Tak kenal maka tak cinta la kan, jadi macamana agaknya nak mengenali IM-IM ni dengan lebih rapat? Mendengar kisah pahit dan manis memulakan perniagaan internet? Sejauhmana mereka berjaya menempuh cabaran dan mengatasi kegagalan dalam mengharungi kehidupan sebagai IM? Tentu banyak yang kita dapat pelajari dari kisah-kisah mereka ni kan..
Bagi memudahkan korang mengenali mereka dengan lebih rapat dan berkongsi pengalaman pahit manis Internet Marketer Malaysia, sedara Zamrin a.k.a noghui telah mengeluarkan satu laporan yang menggabungkan 14 IM tempatan untuk bercerita mengenai kisah-kisah mereka. Antara kisah-kisah yang di’kongsikan ialah pahit manis pertama mereka ketika memulakan perniagaan Internet, bagaimana mereka boleh terlibat dengan perniagaan ini, kesilapan yang mereka lakukan, tip melayan karenah pelanggan, apa yang mereka lakukan ketika gagal dan banyak lagi. Kisah Luvleey dan bagaimana saya leh tersesat ke bidang grafik pun ada juga terselit di dalam laporan ini, sikit jer, tak banyak macam IM lain..contohnya seperti team duo tu yang mencerita kisah bagaimana mereka menghadapi kegagalan dan berusaha untuk bangkit semula, otai-otai adsense dan blogger yang dikutuk-kutuk family dan kawan-kawan. Hoho.. seronok tau baca cerita dorang ni. Boleh melalaikan perut yang lapar. Rasanya ramai lagi IM tempatan berjaya tapi bergerak di bawah radar…low profile katakan hehe. Semoga selepas ini lebih banyak laporan percuma seperti ini dapat diterbitkan, well sharing is caring kan.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua.
Ok boleh download laporan ini di: http://www.ceritaim.com








Salam.. tumpang menyibuk ye tuan rumah..
Saya dah baca laporan tu..
Ye best jugak dengar kisah2 IM2..
Semoga berjaya bertahan dalam bidang ni dan semoga success selalu
Thanks Poey, selalulah datang menyibuk
waa… best la cerita2 IM malaysia ni… perit jerih yang mampu meningkatkan motivasi la…
best bc2 kisah org yg dh bjaya ni
Ye, saya sangat2 setuju, jadikan kisah orang yang telah berjaya sebagai satu motivasi, walaupun ada yang jenis tak suka baca kisah kejayaan orang (pandangan mereka hanya ‘karut’ sebab orang berjaya boleh cerita ‘apa saja’)….Jangan biarkan diri de-motivated
p/s: themes ni cantik betol, ceria dan sejuk mata memandang
Terima kasih…lama tak dengar cerita dari Rizal