Baru je mendengar pengumuman di TV, Esok Raya! Saya pasti ramai pembaca blog saya sudah pun mula bercuti dan pulang ke kampung. Mesti sekarang dalam kepala dah terbayang-bayang kemeriahan pada esok hari, kunjung-mengunjungi, bersalam-salaman, makan kuih-muih, senyuman dan ketawa dan huluran duit raya
Ada yang bergembira dan ada juga yang bersedih kerana tidak sempat pulang ke kampung. Saya buka televisyen pagi ini dan tidak habis-habis berita mengenai kemalangan jalan raya. Ada putus kepala, putus telinga, dan putus talian hayat disebabkan kecuaian di jalan raya. Jika mengikut statistik jalan raya, semuanya disebabkan kecuaian pemandu yang mengantuk dan keletihan.
Memang saya sendiri pun sentiasa mempunyai masalah mengantuk di jalan raya. Entah kenapa bila asal memandu je mula la menguap, mata kering la, belakang kepala mula jadi berat la dan macam-macam lagi. Jadi saya akan sentiasa berhenti di kawasan rehat dan lelapkan mata kejap supaya nanti segar semula bila kembali memandu.
Berbalik kepada tajuk di atas, saya nak berikan satu tip yang boleh menyegarkan anda dan mengembalikan tenaga anda jika keletihan ketika memandu pulang ke kampung atau keletihan sepanjang hari pergi beraya-raya. Sepanjang bulan puasa ini, saya telah mengikuti perlawanan Tennis US open di channel 816. Jika korang mengikuti perlawanan tennis, sudah tentu korang tahu bahawa Roger Federe merupakan johan tennis Us open 6 tahun berturut-turut. Tapi mengapa kali ini beliau kalah di tangan Juan Martin Del Potro yang tak pernah sampai pun ke final. Del Potro telah mengalahkan kesemua pemain yang handal dan ketika final, habis lunyai beliau telah kerjakan Roger. Ke kiri ke kanan Roger mengejar bolanya. Namun Del Potro sedikit pun tidak nampak letih. Siap komentar tennis kehairanan dan berkata,
“He does not look tired at all, does he drink Tongkat Ali?” acece pakai tambah je Tongkat Ali tu.
Jadi apakah rahsianya?
Ketika saya melihat perlawanan final tennis antara Roger dan del Petro ini, ketika waktu berehat antara perlawanan, saya ternampak del petro telah mengeluarkan sesuatu. Sesuatu yang berwarna kuning dan coklat. Bila beliau menyumbat ke mulut beliau barulah saya pasti, pisang dan coklat rupanya! Sedangkan pemain lain tidak pun makan pisang dan coklat ketika rehat, hanya meminum air dan biskut tenaga. Jadi memang saya pasti bahawa beliau kelihatan bertenaga kerana makan pisang dan coklat.
Ketika saya kecil, saya pernah diberi tip bahawa nak kekal cergas, makanlah pisang dan coklat serentak. Saya pernah mencubanya termasuklah pernah minum banana coklat shake, nyum nyum. Namun saya tak pernah pula mengukur tahap tenaga sebab waktu makan tu asyik terfikir kesedapan pisang dan coklat. Apabila saya melihat del petro makan pisang dan coklat antara rehat, memang confirm bahawa pisang dan coklat boleh boost energy anda.
Jadi andai anda mahu menambah tenaga, salah satu caranya ialah makanlah pisang dan coklat. Dah la sedap, bertenaga pulak tu.
Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada anda dan semoga raya anda pada kali ini penuh makna.
Terimalah kad raya saya di bawah kepada semua pengunjung blog, pelanggan, subscriber dan rakan seperjuangan.
Maaf zahir dan batin andai ada perbuatan dan perkataan saya yang tidak menyenangkan anda.









Salam Luvleey..
Terima kasih atas petua “Kuasa Pisang & Coklat”.
Petua anda hebat dan lazat..
“Selamat Hari Raya Aidilfitri” maaf zahir batin.
Sama-sama, “Selamat Hari Raya Aidilfitri” maaf zahir batin juga
Salam
Aidilfitri ’09
Salam dihulur maaf ku
pohon buat semua rakan2..
Disini, ku ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya dan juga
ingin meminta maaf sekiranya ada:
TERkasar bahasa,
TERsilap bicara,
TERmarah yang tak kena,
TERtanya tak tentu hala,
TERsasul yang tak sengaja,
TERpukul kat mana-mana,
TERpekik di telinga,
TERhantuk di kepala,
TERpinjam harta benda,
TERmoody tak semena-semena,
TERumpat bila-bila,
TERusik yg sengaja,
dan segala macam ‘TER’ lagi
Maaf Zahir & Batin!
WaLAu LaNgkAH TaK BeRTeMu,
TaNgaN TaK BeRJaBaT,
UcaP TaK TeRDeNgaR,
MaTA TaK BeRTeNTaNG…
MoHoN MaAF sEGaLa KekHiLaFaN =
KeRaNA aDa TiKaNyA
MaTa SiLaP MeMaNdANg,
TeLiNGa SaLaH MeNdeNgaR,
LiDaH TeRLaNjuR BeRkATa-KatA & HaTI
TeRsaLaH MeNDuGa.
SALAM AIDILFITRI MINAL AIDIL WALFAIZIN..
Kata Al-Ghazali :
yang jauh itu WAKTU,
yang dekat itu MATI,
yang besar itu NAFSU,
yang berat itu AMANAH,
yang mudah itu BERBUAT DOSA,
yang panjang itu AMAL,SOLEH
yang indah itu SALING MEMAAFKAN”
Salam aidilfitri maaf zahir dan batin”.
Terima kasih, best kata-kata
Tips yang menarik sempena hari perayaan ini.. Kad raya luvleey pun cun
Anyway, sy pun nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.. moga panjang umur & murah rezeki..
Selamat Hari Raya Aidilfitri.. moga panjang umur & murah rezeki juga
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI JUGA DARI SAYA SEKELUARGA, MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN.
Terima kasih
tip yg menarik
tak sangka pula cokelat ngan pisang boleh tambah tenaga.
sebelum drive balik ke kg hari tu ada beli biskut cokelat+pisang.
tapi lupa nak makan lepas berbuka.
kalau makan..mungkin sy tak berenti rehat kat r&r time tu :mrgreen:
wau best tu rugi tak makan hehe
Salam pada luvleey,,
Terima kasih dan sama selamat menyambut
hari raya aidilditri
For ian pandai u susun kata-kata
Terima kasih juga
Hehehe..sempat gak aku online di dinihari raya ni jam dah 12:27AM. Salam Aidilfitri gak buat Luvlee serta famili semoga berbahagia merayai hari raya tahun nih. Err..tekdek duit raya ke untuk pembaca blog nih
Terima kasih tips yang unik & rasanya memang sangat berkesan tu. Tak pernah lak dengar tips tu..so lepas ni aku pon nak try test makan pisang + coklat. Memang menderita kalau memandu sambil mengantuk..rasa nak hantuk kepala kat stereng jerk. Biasanya aku akan berenti sat drebar..kedian simbah air kat muka..kepala..tengkuk..
Oh, ya lama tak singgah sini..dan WOW! Best ler theme baru blog nih :mrgreen:
Hehe..takde duit raye, habis dok bayar autoresponder
Abgzol la kena kasi kat adik penulis blog ini, kan lebih muda
Sebagai orang yang aktif sukan sampai sekarang, especially badminton, saya akui memang ada perbezaan makan pisang dengan tak makan pisang…
Saya pernah baca satu artikel yang mana, sekiranya sorang perempuan makan 20 (saya lupo, tapi rasa dah betul) bijik pisang, maka tenaga beliau hari itu bersamaan dengan tenaga sorang lelaki…but jangan makan pisang goreng time nak bersukan, for sure jadi ‘longlai’..ingatkan coach saya tipu, sekali saya balun pisang goreng, dalam 5 ketul, haritu lembik semacam je main badminton…hahaha
Selamat hari raya, maaf zahir batin buat Luv
p/s: pelbagaikan pattern skrip tersebut, ia memang bagus untuk dijadikan produk lain :mrgreen:
Wow..makan 20 bijik pisang?perempuan yang makan 20 biji pisang ni tak payah makan pisang pun tak pe sbb dah memang kuat hehe
Tapi kalau makan pisang goreng tu dan apa2 yang bertepung dan berminyaklah, memang betul badan akan longlai kalau bersukan.
Cantiknya Kad Raya Luvleey tu.. Jeles2…
Simple tapi saya suke sgt tengok…
Nak try juga design Kad Raya mcm LuvLeey buat…
Terima kasih
Hai , salam aidilfitri. tips yang amat menarik. jangan lupa untuk hubungi saya berkenaan dengan design mini site yer. Saya nak buattempahan
ok, boleh hubungi terus saya di emel
thanks… sweetla info nie.. n saya jugak mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin.. assalamualaikum..
:roll: thanks.. ti kalu ader info baru.. leh informkan.. k…
Sama-sama
memang betul tu. semasa sekolah dulu , kalau ada tournament yang melibatkan aktiviti lebih 8 jam, cikgu saya akan beri makan pisang coklat telur rebus dan glukos + air kosong. Untuk tenaga katanya.
pisang + telur rebus + glukos + air kosong, fuh tak pernah cuba lagi ni. Mesti power.
sedih aku roger federer kalah, aku peminatnya…klu tak dah 16 kali title grand slam beliau…
hehe..ada salah teknik tu dia main hari tu kot. Atau..sebab tak makan pisang haha..
selamat menyambut hari raya aidilfitri kepada semua club member yang kaki grafik
Selamat Hari Raya juga dari kami
Hai Saudari Luvlee,
Maaflah lambat komen..saya buka email lepas balik dari raya.. Anyway,
Selamat Hari Raya (ke-3)
Takpe2, asalkan buka
Selamat hari raya .. maaf zahir batin kalau ada tersilap komen, terkasar bahasa.
Selamat hari Raya juga, samalah juga kalau tersilap dan terkasar bahasa.
keberkatan dalam aktivity seharian anda…ameen!
Terima kasih.
Tips yg sangat berguna …pisang + coklat. Den nak masukkan menu ni untuk training marathon den. Tengok ada perubahan tak…
Selamat hari rayo untuk Luvlee
aha..boleh2, kasi campur ngan sebuk coklat, mesti umph lah!
Selamat hari raya Luvley..Sorry lambat skit..terima kasih untuk semua bantuan yang Luvley berikan selama ini! Tanpa Luvley siapa la WanWMA..huhuhu..
Aishey malulah hehe..sama2 wanwma
Assalamualaikum Luvlee,
Tips yang menarik.Saya pun dapat tahu dari hubby saya mengenai kelebihan pisang dan gula-gula kerana beliau mengamalkannya ketika cycling.
Saya juga nak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir & batin buat semua kenalan cyber.
Terima kasih dan Selamat Hari Raya, maaf zahir & batin juga.
salam kak,
selamat hari raye… maaf zahir dan batin…
raye datang ar rumah
Salam kak,
Terima kasih atas petua nih!
best dan lazat la…
“Selamat Hari Raya Aidilfitri” maaf zahir batin…
Waalaikumussalam, Terima kasih