Apa khabar semua? Macamana dengan raya? semoga raya korang disambut dengan penuh kecerian dan kegembiraan. Raya saya juga seronok, dapatlah juga saya berehat dari kesemua kepenatan dan kegilaan bekerja kan.
Ok, sebelum raya baru-baru ini saya sempat interview seorang salah satu anak Malaysia yang sangat berbakat iaitu Ezhan. Saya terjumpa blog Ezhan apabila terbaca banyak pujian dari blogger-bloger mengenai blog beliau yang cun-melecun. Memang tidak dinafikan Ezhan amat berbakat di dalam bidang grafik dan hasil-hasil artswork beliau amat saya kagumi. Nak kenal Ezhan dengan lebih rapat? ikuti temubual saya bersama Ezhan…

1. Pertama sekali, bolehkah Ezhan menceritakan serba sedikit mengenai latar belakang diri Ezhan?
Saya seorang pelajar berusia 19 tahun di Malaysia France Institute dalam (bachelor of engineering technology (hons) mechatronic). Anak pertama dalam keluarga saya. Saya amat meminati bidang graphic design dan benda2 yang berkaitan dengan seni. Saya merupakan owner blog (http://ezhan-artwork.blogspot.com). Saya juga merupakan seorang “amature photographer” yang menggunakan “canon 450D DSLR camera”.
2. Saya dapati Ezhan bukanlah dari jurusan Graphics Design, tapi bagaimana Ezhan boleh berminat untuk melibatkan diri dalam art dan design? dan dari mana datangnya bakat tersebut?
Sebenarnya minat tu mula timbul bila tengok kawan2 yang pandai guna photoshop untuk design (waktu tu form 4). Rasa teringin sangat nak buat design best2 waktu tu.Tapi basic photoshop sikit pun takde. Sejak dari saat tu la mulanya minat nak belajar photoshop ni dan ini adalah hasil pertama saya menggunakan photoshop
Sejak dari hari tu la saya mula berkecimpung dalam bidang ni dan saya banyak meminta nasihat rakan2 untuk memantapkan lagi skill saya.
3. Tidakkah ini akan mengganggu pembelajaran Ezhan di dalam bidang yang utama?
TIDAK, sebab saya hanya akan mengedit gambar atau mereka suatu grafik hanya pada waktu lapang dan tidak sesekali melakukannya pada waktu untuk “study”
4. Jika Ezhan tidak kisah, boleh Ezhan ceritakan bagaimana dan dari mana Ezhan mendapatkan sumber inspirasi?
Pada awalnya saya banyak mendapat inspirasi daripada wallpaper yang banyak saya download dari internet. Saya juga banayk dapat inspirasi dari website2 yang banyak menunjukkan design2 yang menarik dan antara website yang paling saya suka (http://www.smashingmagazine.com) dan (http://www.deviantart.com)
5. Bagaimana caranya Ezhan memperbaiki teknik design Ezhan?
Selalunya saya memperbaiki teknik saya dengan melihat tutorial-tutorial yang banyak terdapat di internet seperti (http://abduzeedo.com),(http://psd.tutsplus.com) dan banyak lagi. Saya juga banyak men-dowload brush2 dan shape2 untuk photoshop saya. Dengan ini saya dapat menghasilkan design yang lebih menarik. Selalunya saya design ikut apa yang saya rasakan best dan saya akan pastikan setiap design saya berbeza supaya saya dapat lebih banyak idea dan hasil kerja saya akan meningkat dari masa ke semasa.

6. Apakah pilihan software/hardware Ezhan untuk meghasilkan grafik yang menarik?
Saya lebih banyak menggunakan software adobe photoshop cs4 kerana software ini lebih memudahkan saya untuk mengedit gambar dan menghasilkan karya baru. Kita boleh mereka apa sahaja yang kita suka, yang penting mesti ada idea. Tapi saya juga masih menggunakan software lain seperti adobe illustrator untuk design logo, t-shirt dan benda2 yang berkaitan. Saya juga menggunnakan abobe Flash untuk design simple animation dan untuk saya punya presentation. Dan software2 lain yang saya turut gunakan sebagai sampingan adalah seperti photoscape, photomatix dan dynamic photo HDR.
7. Adakah Ezhan mempunyai apa-apa projek atau matlamat di dalam bidang grafik ini?
Setakat ni projek besar2 tu takde lagi la. Tapi projek kecil2 macam design t-shirt dan buat banner tu ada la. Kalau nak tengok banner yang saya design boleh tengok dekat flickrs saya. Saya juga berharap satu hari nanti saya dapat membuka kedai printing untuk banner dan t-shirt. Itu lah matlamat saya dalam bidang ini.

8. Apakah nasihat yang boleh dikongsikan oleh Ezhan kepada mereka yang berminat atau ingin mula untuk melibatkan diri di dalam bidang design ini? Atau kepada mereka yang meminati bidang ini tetapi terikat dengan bidang atau kerjaya yang berbeza?
Kepada sesiapa yang ingin mencuburi bidang ini tetapi langsung tidak mempunyai basic/skill jangan takut dan jangan malu untuk belajar dengan mereka yang arif dalam bidang ini dan banyakkan melihat tutorial yang ada kat internet supaya skill tu akan lebih bertambah (macam saya la tu). Kepada mereka yang minat dalam bidang graphic design ni tetapi terikat dengan kerjaya lain jangan jadikan ia sebagai penghalang minat anda. Teruskan minat tersebut dimasa lapang dan dari masa ke semasa anda akan menjadi lebih baik.
9. Akhir sekali, saya di SyokSyok.com ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk ditemubual. Sebagai penutup, saya berikan kepada Ezhan untuk membuat ucapan akhir..
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada syok-syok.com kerana sudi menemuramah saya dan saya juga berharap dengan temuramah ini minat saya untuk berkarya akan lebih menebal.
Demikianlah temuramah saya bersama Ezhan. Semoga korang akan mendapat serba sedikit input dari temuramah ini. Kepada korang yang ingin lebih mengenali diri Ezhan, boleh la add beliau di facebook dan twitter.









hu hu hu , memang best brother ni…. terimakasih kongsi idea. rendang tu dah habis ke.?.
dah habis pun paklong hehe..nak ke?meh pos pakai courier
Pergh! Respek la Ezhan daripada zero ke hero guna adobe photoshop. Paling mustahak adalah minat & ketekunan untuk belajar atau memahirkan diri dalam sesuatu perkara yang diminati. Tahniah buat Ezhan & semoga akan berjaya membuka kedai printing sendiri nanti
Mpuaaaaaaaaaaaaaah…theme blog nih mengancam ler! Design sendiri ler tu..
betul tu, mesti kena ada minat yang mendalam dan berusaha barulah power.
Time kacih AbgZol, design sendiri je, tak mampu nak upah designer ahahaha..
em..haha. ni yang aku rasa nak try pakai service korang nih..
boleh je titan anytime..
Superblah design bro Ezhan nie
yup, memang superb
saya dulu pun dah beli produk luvlee tapi rasanya kena tambah atau buat sedikit pembaikan contohnya mungkin boleh ditambah cara untuk membuat iklan banner ikut size contohnya 125X125 dan sebagainya. Kerana sekarang iklan teks dah tak berapa releven berbanding iklan grapik…kalau dah ada bagitahu je saya beli punya
Terima kasih saudagara di atas cadangan, tapi jika berkaitan saiz, sama sahaja seperti tutorial yang saya ajar iaitu animasi asas, boleh guna untuk banner yang pelbagai saiz, tapi saya akan masukkan cadangan untuk versi kedua nanti.
tidak mustahil suatu hari nanti aku akan berkecimpung dlm bidang grafik/photography….haha…
ha..bagus2
Tahniah!
Sesuatu yang boleh dibanggakan dan amat berbaloi utk berkongsi ilmu.
betul tu
best nyer! sy mmg minat dlm bidang ni sgt2.skang bru start gn photoshop n ilustator. sy gak minat dgn catan. n pernah join pameran catan prgkat daerah. ish xde plak simpn pic sbgai kenangan.menyesal tul! bru sy sedar sy sharusnye trus mmpraktikn kemahiran yg sy ada.huhu..msti skil sy dh mrosot.thanks semua! u all bnyk mmbantu! cuti ni sy nk jmpa master sy. hope dia de simpan lg sume2 tu!
ya, murni, teruskan mempraktikkan kemahiran yang ada. Boleh mula dari sekarang, belum terlambat lagi
mmg respect la..
betul tu.. kalau tringin nk blaja, tp malu nk blaja,
mmg xkan pandai la..
best jugak kerje2 mendesign ni.
saye pon tringin gak nk try design2 ni.
tpi skrg bru dlm thp biase2 jer..
harap boleh ikut jejak langkah Ezhan ngn saudari Luvlee..
Salam Semua, Ezhan Memang Besh, :mrgreen: Besh Partner Shayer, Heee.. :mrgreen: Teruskan UsahaMu Ezhan A.K.A Shafiq, Heee.. :mrgreen: Memang Pn Klu Kita Berminat, Memang Akan Terus Minat.. KAMI Rakan Blogger, Memang Harapkan Kepada Yang Berminat 2, Teruskan Minat Anda, Jangan Jadikan Alasan “Banyak Kerja”, Macam Shayer Ar 2, Heee.. :mrgreen: Kepada Luvely Juga, Teruskan Karya Anda Yang Mantap, KAMI Shuker Terhadap Karya Anda.. @ Ezhan Gak, Heee =)
Tu dia partner Ezhan hehe.Terima kasih AsOne
Owh, Ur Welcome Kak Luv.. Harap Kak Dpt Memberikan Yg Terbaik.. AsOne Sentiasa Sokong Anda.. Begitu Jua Kepada Yang Meminati SENI Ini.. :mrgreen:
Tahniah utk admin dan ezhan..
Kerana minat semua benda menjadi mudah dan kerja keras tidak terasa beban keran MINAT..
Thanks admin kerana berkongsi dengan kami..
Sama-sama ijamidayu
terima kasih rakan2 skalian..
:mrgreen:
:oops:
ni yg membuatkan semangat semakin mmbara ni….
cepat2 buka kedai priting, ramai dah nak order hehe
Membare Biar GEMPAQ, Wah.. Sket~Sket Lame² Jdk…. :?:
Mari Kita Sokong Designer Kita…. Congrats Ezhan.. with ur quality artwork..
Time kacih di atas sokongan anda
Yeah.. Let’s Go.. :arrow:
Bab grafik ni saya memang minat.tapi sumber tutorial grafik dalam BM ni sukar dijumpai,bagusla kalau ada….
Sumber grafik dalam melayu ada, cuma tak lah banyak sangat. Stay tune di Syoksyok, mana tahu ada tutorial photoshop dalam pos yang akan datang :mrgreen:
Salam…
terima kasih atas post ini.
saya memang berminat dengan grafik ni, dah banyak saya beli produk tentang grafik termasuk yang luvleey…
terima kasih..
Waalaikumussalam,
bagus ada minat, teruskan usaha
Yeah! Great work Bro Ezhan. Hee.. Aku juga ingin semakin berjaya kelak.
ha joe ada pun, ada terima emel akk yang baru-baru ni? mengenai affiliate minioptin
Mak aih……. bakpe superb benor ni…… huk huk….. nice job…
lawa blog
amek katne ek?
tahniah pada kedua-duanya anda memang hebat !
Hi Luvlee
Syok tengok design template blog ni ceria. Memang respek designer2 korang punya tangan memang menjadi. Akan datang sy berminat nak menggunakan service Luvlee
kecik2 lg dah tau guna photoshop.. f4 tu.. handa2..
Kita baru nak belajar grafik, bila la nak jadi pro ni bab grafik
Membina Grafik Ini Memerlukan Daya Pemikiran Yang Kreatif Dan Inovatif.. :roll: Grafik Ini Terlalu Umum Untuk D Perkatakan,
Sekiranya Berminat Teruskan Usaha Anda, :arrow: Jangan Berlengah² Dan Asah Sentiasa Kemahiran Anda Minati Tersebut Sehingga Menjadi Masterpiece/Karya Yang Anda Sendiri Kagumi Suatu Hari Nanti.. :twisted: Anda Sendiri Mampu Mengubahnya.. Hehe.. :mrgreen:
kecik2 cili api, mmg stail la sume design dia ni..teruja i..huhu.. xpe sy pun akan jadi cam dia suatu ari nnt..erm design kak luvlee pun mantop gak..sy suka..hehe
dah nak jadi dah tu..cun saya tengok tutorial typography design tu