sample

Thank you…Terima kasih..

November 5th, 2009 | Featured, Interview, Laporan Percuma, Umum | Luvleey | 39 Comments

Agak sibuk sedikit kerana sedang berpindah hosting untuk grafikjualan.com dan cheapest-design.com. Bengang betul asyik problem je hosting.  Saya sering mendapat aduan website-website tu susah orang nak masuk, jadi saya rasa baik pindah hosting je lah. Hosting menjadi pilihan di hati Luv kali  ini ialah Hostgator. Yup, dah lama dah saya guna Hostgator, di mana korang sedang membaca blog ini sekarang, di situlah blog ini di host. Dah semua hosting saya cuba, setakat ini hostgator pilihan no satu. Lepas ni kalau hostgator buat hal pulak, tak tahulah nak  pindah ke mana. Ada yang rekemen mana-mana hosting yang bagus untuk host web dalam dan luar sekali gus? Tapi setakat dua tiga tahun ni, belum pernah masalah seperti hosting-hosting lain yang pernah saya guna. Jika sapa-sapa nak try hostgator percuma satu bulan atau diskaun, bolehlah tinjau kupon yang pernah saya guna di sini. Boleh try mana-mana kupon yang still valid.

Tapi sebelum tu sudahkah korang  dengar rakaman interview saya bersama Labanon untuk majalahim.com? kalau anda dah dengar Alhamdulillah.. saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada  komen-komen anda di Majalahim.com dan wangcyber.com. Terima kasih juga kepada seluruh team majalahim.com kerana sudi menginterview saya yang tak seberapa ini hehe…You guys rock !

Jadi tentu anda dah faham tentang cara bekerja saya untuk menyiapkan order klien. Bagi yang belum dengar dan nak dengar jangan malu-malu nak download. Saya pun tersipu-sipu malu ketika interview, mungkin sebab yang meng’interview tu otai Internet tuh! Lu jangan main-main..

Orait, bercakap pasal klien pertama sekali saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua klien yang datang menempah dengan saya sejak saya mula bertapak di dunia internet ni sampailah sekarang dan menghargai hasil kerja saya. Sokongan anda semua saya ucapkan terima kasih sekali lagi. Sesetengah daripada anda bukan sahaja menjadi klien tetap saya tetapi sudah menjadi rakan saya. Walaupun tak menempah design, ada yang message saya bertanya khabar dan  bertanyakan tentang perkembangan bisnes. Dan ada juga yang mendoakan saya terus success. Thank you..thank you and I love you guys. All of you..Haha..macam baru terima anugerah pulak.

Masih dalam tajuk yang sama, pada kali ini, saya nak sentuh sikit  ‘Etika dalam menjalankan perniagaan online’. Mungkin ada antara kita yang berkecimpung dalam bisnes online merasa tak ada etika dalam menjalankan bisnes online.

Kenapa pulak tak ada? Bukankah semua bisnes ada etikanya yang tersendiri. Ya, mungkin benar ia tidak tertulis secara hitam putih. Tetapi dalam bisnes sememangnya ada etika. Dalam mana-mana bisnes sekalipun kita tidak seharusnya boleh menjual sesuatu jika orang tidak mahu membeli. Begitu juga halnya jika pembeli tidak mahu membeli, penjual tidak boleh memaksa pembeli untuk membeli. Sama lah halnya jika kita membeli di kedai, di pasar atau di mana-mana jua, hubungan antara pembeli dan penjual mestilah baik. Dan kedua-kedua saling berkait ketika proses jual beli berlaku.

Pembeli mahu membeli barangan yang dijual oleh penjual. Pokok pangkalnya adalah hubungan yang terjalin di antara pembeli dan penjual dan kalau dalam konteks servis grafik, hubungan di antara designer dengan klien. Dan paling penting, di antara pembeli dan penjual mahupun designer dan klien perlu mengucapkan terima kasih di antara satu sama lain kerana kedua-duanya saling memerlukan dan membantu.

Begitulah juga bisnes di internet ni. Jika anda datang kepada designer, maknanya anda ingin meminta pertolongan designer untuk membantu anda. Jadi anda seharusnya mempunyai hubungan yang baik dengan designer anda.  Kedudukan sebagai pembeli dan penjual kat situ tetap berjalan seperti hukum jual beli. Anda sepatutnya menjadikan designer seperti sahabat anda. Jadi dengan itu, kedua-dua pihak senang hati dan kerja yang  dilakukan akan menjadi lebih mudah dan diberkati kerana hubungan baik yang terjalin. Wang boleh di cari jika anda berusaha dengan kuat, namun untuk membuat anda senang hati dan gembira dengan kerja anda adalah susah. Anda perlu berdepan dengan pelbagai masalah dalam menyiapkan kerja-kerja anda. Tidak kiralah anda berkerja untuk syarikat atau bekerja sendiri. Jadi salah satu cara untuk anda gembira bekerja di dunia online ini adalah mempunyai hubungan yang baik di antara sesama peniaga online. Oleh sebab itu, bagi mengekalkan hubungan yang baik kita perlu ada etika dan tatacara yang tertentu agar masih wujud batas-batas yang memudahkan kita bekerja.

Kalau saya la kan, mungkin saya akan agak sedikit kecewa jika ada klien yang tidak mengamalkan etika bekerja yang baik dan professional. Mereka sangat-sangatlah susah untuk mengucapkan terima kasih kepada designer yang banyak membantu mereka. Selesai sahaja mendapat file, terus senyap dan tiada ungkapan “terima kasih” atau “Thank you” dan sebagainya di ucapkan. Ah! mungkin terlupa kot. Ya, macam-macam yang kita lupakan. (Mungkin terlampau banyak makan semut kot). Sedangkan kalau klien luar mereka sangat ringan untuk mengucapkan “thank you”. Setiap kali berbalas email, mereka akan say “thank you”. Benda simple-simple nak cakap kat email pun cakap thank you. Hati kita pun senang nak tolong klien.

Ada beberapa klien saya yang  juga IM terkenal yang sangat saya tabik kerana sifat dan sikap rendah diri mereka walaupun mempunyai nama yang besar dalam dunia IM dan telah menjana duit yang banyak. Mereka ini boleh diibaratkan seperti  resam padi, “makin berisi makin tunduk”. Bukan sebab badan mereka semakin berisi tetapi mereka sangat professional dalam menjalankan bisnes. Jika memerlukan khidmat designer mereka melakukan dengan bersungguh-sungguh dan tertib. Dan apa yang saya tengok, mereka sangat menjaga hubungan yang baik dengan klien. Mereka adalah ikon dalam dalam dunia internet tapi tak berat mulut untuk mengucapkan “terima kasih..thank you..”

Bukanlah sepatutnya ada peraturan yang ketat di antara designer dan klien. Tetapi hubungan yang baik itu akan mencerminkan cara bekerja kita dan menjamin keberkesanan bisnes online kita. Selain itu, jika anda menjadi sahabat designer atau sahabat kepada sesiapa yang menolong anda, anda tidak akan rugi sama sekali melaburkan wang anda.

Berikut adalah cara dan langkah yang perlu jika anda ingin menjadi rakan baik designer dan menjadikan anda dihormati dalam perniagaan online.

1) Anda sebagai klien datang kepada designer seharusnya dengan cara yang baik. Perlu diingat, walaupun anda memberi bayaran kepada designer, wang tidak menjamin hubungan yang  baik dan wang boleh dipulangkan bila-bila masa.  Anda perlu bertanya sama ada order ada kekosongan ataupun tidak. Perkenalkan diri anda dan perniagaan yang dijalankan dengan sebaik-baiknya supaya designer mengenali anda. Manalah tahu, apabila anda telah menjadi sahabat designer, bukan sahaja anda mendapat pertolongan dalam aspek design tetapi juga dalam hal-hal lain. Maklumlah dalam bersahabat ni, kita akan belajar macam-macam dengan sahabat kita. Jika email anda lambat menerima balasan ia tidak bermakna designer itu sombong, berat sebelah, lembab atau malas. Bersabar, email anda pasti di balas. (Designer bukan seharusnya menjadi orang-orang seperti di atas kerana mereka berhubung dengan orang lain). Set dalam minda anda ‘Designer Luvleey tidak sombong’ :)

Kalau lama tak balas, boleh cuba untuk menghantar lagi emel kerana mungkin emel anda masuk ke spam, atau terlepas pandang.

2) Anda seharusnya passionate dengan dengan apa yang anda nak. Dalam erti kata lain, anda tahu apa yang anda nak dalam projek design anda bersama designer.  Sekurang-kurangnya anda perlu memberi details yang cukup. Dan designer mudah mendapat gambaran jelas berkaitan design yang anda inginkan. Anda tidaklah terlalu menyerahkan bulat-bulat kepada designer.

Tetapi jika anda masih tidak mendapat gambaran yang jelas terhadap reka bentuk yang anda inginkan, anda perlu banyak bertolak ansur dengan designer. Designer akan memerah otak untuk menyiapkan kerja anda dan setelah siap, anda tidak  seharusnya terlalu cerewet.  Itu tak sesuai la, ini tak sesuai la. Design nampak dull tak ceria la dan macam-macam lagi.  Seolah-olah anda hebat dalam bidang design sedangkan anda sendiri tak dapat gambaran berkaitan  design anda.  Anda tak seharusnya menyalahkan designer hanya sebab designer itu professional kerana keinginan seseorang itu berbeza-beza. Jika anda sendiri tidak mempunyai passionate dengan apa yang anda inginkan, bagaimana designer nak menepati keinginan anda.  Jadi jika ada apa-apa perubahan atau masih tidak bersesuaian dengan hati anda, anda kena maklumkan dengan cara yang baik dan dengan kadar yang segera untuk memudahkan kerja designer anda. Begitu juga halnya jika anda memerlukan penambahan dan sebagainya.

3) Setelah designer memberikan preview kepada anda, dan tidak lagi terdapat masalah atau penambahan pada design anda, anda perlu mengambil design tersebut secepat mungkin dengan melakukan pembayaran sekurang-kurangnya dalam tempoh 3 hari atau 72jam setelah design siap. Jika anda mengalami sebarang masalah seperti (duit tak cukup, duit dah habis, tak dapat gaji dan sebagainya) maklumkan dengan segera kepada designer anda masalah anda. Designer bukanlah kejam sangat. Designer anda juga manusia dan memahami segala masalah kehidupan anda. Percayalah! Jangan biarkan designer anda tertunggu-tunggu, ternanti-nanti email anda kerana designer perlu memberikan file-file anda dengan segera untuk menunjukkan anda benar-benar serius berurusan dengan designer.

4) Setelah anda selesai melakukan tugas anda seperti no.3 di atas, anda perlu memaklumkan kepada designer anda yang anda telah mendapat kesemua file-file anda untuk memudahkan designer anda memadam nama anda dalam list do’s mereka.  Jangan dah bermingu-minggu atau berbulan-bulan file dihantar kepada anda, anda masih tidak memaklumkan anda telah menerima file. Seolah-olah anda telah melupakan designer anda. Jadi tidak berlaku hubungan baik di situ.

5) Last sekali, beri kredit kepada designer anda. Designer tidak inginkan pujian, cukup sekadar anda mengucapkan terima kasih dan gembira sepanjang projek dilakukan bersama-sama. Designer dan anda seharusnya berasa humble dan gembira dalam hubungan yang dijalinkan. Win-win situation akan menjamin bisnes yang baik.

Oleh itu, dalam apa jua yang kita lakukan kita mestilah melakukan perkara yang menggembirakan kita dan yang memberi manfaat kepada kita. Tapi jangan sampai kita lupa niat sebenar dan jangan sekali-kali lupa mengucapkan terima kasih kepada sesiapa jua yang memberikan pertolongan kepada kita tak kiralah pertolongan itu kecil atau besar.

Ia hanya sekelumit ucapan ringkas yang memberi maksud dan impak yang besar kepada diri kita dan orang lain yang kita ucapkan. Jadi sematkan dalam minda kita dan aplikasikan selalu dalam kehidupan kita. Kita tidak akan rugi walau sesen pun dan ia tidak memerlukan kita memerah tenaga dan otak untuk mengungkapkannya..Semoga kita sama-sama mendapat manfaat bersama.

Thank you..Thank you..Thank you

Secara keseluruhannya, klien-klien saya selama ini memang best-best semuanya. Saya senang hati membantu anda dalam apa jua yang termampu saya berikan.

Penulisan di atas adalah hanyalah sebagai perkongsian dari sudut seorang designer, lebih kepada tatacara yang baik antara perhubungan anda dengan designer anda. Anda turut boleh mengaplikasikannya kepada sesiapa sahaja yang telah membantu anda. Sekian pesanan dari khidmat masyarakat :D

terima_kasih

Kongsi, Bookmark, Print, PDF, Enjoy :)
  • Digg
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • PDF
  • StumbleUpon
  • Twitter
  • email
  • MySpace
  • RSS
  • Tumblr
  • Yahoo! Bookmarks
Janganlah lihat sahaja, tinggal lah komen anda di bawah. Jangan lupa juga langgan feed blog ini atau dapatkan pos terbaru terus ke emel anda supaya tidak ketinggalan mendapatkan pos-pos menarik berkaitan grafik, tip-tip Internet dan perniagaan…Syok huuu!

Mengenai Penulis *Luvleey*

Hai, saya Luvleey atau nama sebenar Nurulhayati Mohamed. Seorang yang amat meminati grafik dan Internet. Seorang yang sangat simple dan sentiasa berusaha memperbaiki diri, suka melihat, merenung, memikir dan melakukan tindakan. Tidak suka bercakap banyak melainkan perkara-perkara penting dan saya percaya berkerja kuat dalam sesuatu perkara yang diminati bakal membuahkan hasil. Namun saya suka berkawan dan bertukar-tukar pandangan dan idea. Di dalam blog ini saya berkongsi-kongsi ilmu dengan anda, jadi berikan saya sokongan dengan meninggalkan komen :)

Comments
  • Salam Luvlee,
    Takut-takut saya terlupa ucapkan terima kasih haritu, saya ingin ucapkan terima kasih kepada Cik Luvlee kerana sudi design laman web saya, http://www.syoksyok.com/out/rajamudah

    Design tu lembut je, selembut tuan punya badan….

    Akhir kata, selamat maju jaya dan moga murah rezeki;

    PS : dah bagi ayat-ayat bodek ni, jgn lupa bagi diskaun tau :evil:

    • Luvleey

      Hehe sama-sama RK, RK dah ucap rasanya. RK adalah IM yang petut dicontohi, saya suka cara RK approch rakan JV, memang best.

  • betul tu luvlee, benda tu sebenarnya “common sense”. Kepuasan apabila terima ucapan terima kasih tu. Rasa diri dihargai, diri jadi penting akan menyemarakkan lagi semangat untuk memberikan services atau membuat tugas dengan lebih cemerlang :-) . Saya sokong tu. Thanks — same2

  • saya baru je lepas buat review psl webhosting companies. Kalau luvlee nk tau webhosting company mana yg best dan terbaik boleh tgk kt article ni
    http://www.fazreen.com/get-best-review-on-webhosting-service/

  • Ini antara artikel yang menyentuh jiwa saya. saya baru tiga kali melanggan dengan Luv. Saya masih ada dua lagi projek yang sedang diusahakan. Dua2 projek tu (Design) memang saya cari Luv jugak walaupun terpaksa menunggu.nanti saya email ek untuk tempah (jika ada kekosongan) :mrgreen:

    Ikhlas cakap, sepanjang saya dapatkan khidmat Luv, saya ceritakan apa yang saya hendak (saya ni jenis cerewet jugak), TAPI saya biarkan Luv bebas berkarya ikut “versi Luv”. Hasilnya memang ‘beyond expectation’ dari yang saya fikirkan. Pendek kata, sekali dia design, terus saya terima!

    Kepada sesiapa yang belum dapatkan khidmat dari Luv, saya sangat2 rekemen. namun, cuba fahami dan ikuti 5 langkah yang telah Luv ceritakan. Luv sombong erk..takdelah..tu suma reka je tu!

    p/s: majority produk saya pakai profithoster.com. Luv boleh directly tanya Amirol. servis puas hati :grin:

    p/p/s: themes Luv ni lebih cantik dari saya punya :mrgreen:

    • Luvleey

      Hi Rizal..Tq di atas support dan kata2 peransang yang selama ni Rizal berikan. Saya sangat berbesar hati untuk menjalankan projek design bersama Rizal lagi pada masa akan datang. Rizal antara salah satu contoh terbaik klien dan rakan bisnes online yang pernah saya kenal ;-) Ok nanti saya tanya Amirol berkaitan hosting tu.

      Saya suker theme Rizal tu..kemas. Dah mula datang penyakit saya mencari2 theme baru plak :mrgreen:

  • Salam Kak Luvleey,

    Walaupun saya tak pernah lagi mendapatkan mana-mana servis design daripada mana-mana designer, tapi saya seringkali membuat perbandingan hasil design oleh beberapa org designer tempatan…

    Yang terbaru ni, design minisite Bro Bearnerd ( Skrip Affiliate ), pada mulanya saya melihat design ministe tersebut, saya rasa teruja, walaupun simple, tapi saya rasa design nya sangat istimewa..

    Then, saya fikir, kenapa lain je design Bro Bearnerd kali ni (Saya sebenarya dah dapat baca ‘rentak’ design ministe yg bro Bearnerd hasilkan sendiri :-) )

    Sebab tu bila tengok design utk Ministe Skrip affiliate, saya rasa mesti bukan Bearnerd yang desig sendiri, dan sudah pasti, org pertama yg saya fikir, ialah Kak Luvleey (bukan nak bodek, tapi ini jujur..)

    Bila tengok kat footer tu, “Designed by: Cheapest-design.com”

    TAHNIAH diucapkan..!!

    • Luvleey

      Waalaikumsalam.

      Terima kasih Rahman kerana terus menyokong akak. :smile:
      Design Bearnerd pun tak kurang hebatnya.
      Beliau ada gaya design yang tersendiri.

  • Assalamualaikum kak, saya ni sedang mengikuti perkembangan akak. Tahniah atas kejayaan akak dan terima kasih bagi butang grafik tu ye…. syyy, sebenarnya saya tak tahu nak edit bebutang tu…… ;-) .

  • Assalamualaikum…

    Pertma sekali terima kasih kepada saudari Luv kerna menghadiahkan butang grafik yang nampak simple tapi memang cantik. Nanti bolehlah saya edit dgn photoshop untuk tambahkan textnya. Saya suka melayari internet dan yg sering saya lyari ialah pasal bisness online, yg kerap saya terjumpa ialah minisite design drpd saudari Luv. Jika dibandingkan dengan design orang lain memang design saudari tiada tandingannya. Melihat desingn sudah cukup untk membeli produk yg dijual, power betul.

    Orang kata… jika ada blog sendiri boleh buat duit secara percuma. Saya pun binalah blog dan hasilnya…. memang betul pun. Sikit2 lama-lama jadi banyak lah tu. pengalaman akan menjadi guru terbaik buat orang baru macam saya ni.

    Ucapan saya kepada saudari Luv… Semoga terus maju ke hadapan dalam bisnes online ini.

    • Luvleey

      Waalaikumsalam.

      Sama-sama dan terima kasih di atas kata-kata di atas. :grin:
      Saya amat menghargainya. :smile:
      Ye, jika ada blog sendiri dan pandai manage sendiri memang akan memudahkan lagi kerja-kerja online dan menambahkan pendapatan kita.
      Semoga Hisham juga terus maju dalam bisnes online.

  • zahir

    Salam Cik Luvlee…terima kasih kerana mengingatkan kita semua utk menghargai org.Terima kasih juga dari sy kerna memberikan hadiah butang grafik…tapi malangnye sy x dpt download grafik tersebut krn pc sy menghadapi masalah utk download file tersebut.Tapi x pe lps seetle problem sy akan trus download butang grafik tersebut.

  • Fahmy

    Salam Kak Luvlee,

    firstly, thanks utk button tu.. dh download… :D Utk Makluman semua, sy ni merupakan newbie, dh telah menggunakan design kak luv di http://www.MillionaireRecommends.com & http://www.Millionaire-Bonus.com…mantop babe desing kak luv kita…thanks kak diatas design akak tu…next time boleh kita bkrjasama lagi…ada project incoming, still in progress…

    Thanks kak Luvlee…

    Fahmy

  • Terima kasih atas bantuan selama ini.Semoga Luvleey diberkati Allah hendaknya.Rezeki yang melimpah ruah itu datang dari sikap yang pemurah.

    • Luvleey

      Thanks Nizam.
      Saya berbesar hati untuk membantu mengikut kemampuan saya.
      Semoga Nizam juga terus success dan dilimpahkan rezeki yang baik.

  • Noraziah Muhammad

    :lol: salam untuk luvlee dan pembaca semua ,
    luvlee anto barang apa untuk saya ni,terima kasih ya kerana sudi anto barang untuk saya ek…..

    • Luvleey

      Waalaikumsalam..

      Sama2. Bolehlah Aziah gunakan button tersebut untuk kegunaan Aziah bila perlu. Jangan lupa download ye.. :smile:

  • mzin

    Assalammualaikum,

    yeh, yeh, yeh, sangat2 lah barterima kasih pada Luvlee
    pasal button tu, terima kasih juga peringatan tu,
    dah download dah.
    Memang menguja sekali.
    Tunggu untuk edit saja.
    Terima kasih sekali lagi.

    newbee masih terkial2

    • Luvleey

      Waalaikumsalam.

      Takpe, walaupun newbie teruskan belajar.
      sikit2 lama2 jadi bukit kan..
      Tunggu post seterusnya tentang cara edit button.

  • Salam Sejahtera Kak Luvley.. :mrgreen:

    Semoga Apa Jua Bidang Kak Luvley Minati Terus Menggunung.. Hehe :lol:

    [ AsOne1122@gmail.com ] –> :idea:

  • ehm. Mungkin satu hari nanti aku akan pakai service Luvlee ni. Memang bagus-bagus dan cantik-cantik belaka.. :mrgreen:

  • alhafiz3d

    Salaam Kak Luv,
    Walaupun tak pernah dapatkan khidmat Kak Luv,
    Saya nak berterima kasih jugak sebab bagi mata ini sejuk dan terpegun dengan design yang dikeluarkan oleh Kak Luv.

    Sekali lagi Thank you dan Tahniah!

  • Tahniah Luvlee. Semoga lebih bertambah rezeki tahun depan!

  • sheila

    sorry kak luv coz button yg kak luv bg kat sy belum sempat sy edit coz skg ni busy sikit dgn kerja…
    insyallah maybe bln depan akan sy usahakan supaya kak luv bolh komen ye
    sorry sangat ;-)

  • salam singgah,
    selalu baca tapi lama tak mengomen blog ni, selamat berpindah ke tempat baru… nak suggest tapi otai2 banyak yg dah tau… tentang ucapan terima kasih & tq tu,bukan desingner jek.. saya web developer pun selalu menjadi mangsa yang macam tu… sekurang2nya dapat menambahkan lagi semangat melakukan kerja. Ini tidak senyap begitu je… tapi bila nak mintak tolong punyalah baik… jadi sekurang2nya ucapan terima kasih dan tq ni meringankan skit bebanan isi kepala yang penin utk cari idea kat client2 tu.

  • Salam Tahun Baru. Saya amat meminati hasil kerja LUV. Semoga lebih sukses lepas ni.

  • sama-sama,selamat tahun baru,moga sukses.

  • Salam,
    Kawan saya nak buta web site. Bolehkah luvleey tolong buatkan. Dia nak buat dari scrath i.e register domain name, webhosting etc.

    Harap dapat maklumkan
    Terima kasih

Leave a Comment