Rasanya belum terlewat lagi nak ucap Selamat Tahun Baru 2010 memandangkan kita masih di awal bulan tahun baru ini.
Detik tepat pukul 12 tengah malam 1/1/2010 saya mendengar dj di FuhyooFM membaca doa selamat masuknya waktu tahun baru.
Seronok dengar para blogger dan IM menjadi dj fuhyoofm berceloteh, memang berbakat semuanya, sempoi habis. Saya tak dapat nak kenal pasti lagi suara-suara dj yang macho2, tapi saya kenal tiga orang je bro ijad, zamrin, dengan smartzul. Suara dorang ada lunak-lunak lemak berkrim gitu.
Sejujurnya sebelum tu saya tak dapat nak join di ruangan chatting di fuhyoofm, member saya sibuk mengajak melihat movie-movie yang menarik di Astro, tapi pada yang sama taknak lepas nak dengar celoteh dj2 fuhyoofm..jadi saya simpulkanlah apa yang sempat saya dengar…
Radio fuhyoo ini bermula sebagai internet PERTAMA di Malaysia yang dikendalikan oleh Fitrah Media Enterprise bertujuan mempelopori bidang pendidikan sebagai landasan utama dalam mencungkil bakat-bakat muda khususnya bagi mereka yang minat dalam bidang penyiaran. Jadi muda2 lagi sudah diasah untuk membiasakan diri di dunia penyiaran ini.
Radio FuhyooFM sudah mempunyai pendengar dari luar negara dan target mereka ialah untuk mencapai berpuluh ribu pendengar.
Apa yang saya dapat tahu, perkataan fuhyoo tu dari berasal dari perkataan yang disebut oleh seorang menteri dan didengar oleh abang djsenja. Sempoi betul menteri ni, sempat lagi berfuhyoo…
Kemudian kalau nak tahu kenapa ada burung puyuh di video promo, sebab puyuh kan dekat2 fuhyoo dari segi sebutan. Korang boleh sebut puyyoo atau fuhyoo..korang boleh pilih mana-mana sebutan yang mungkin menampakkan korang lebih seksi ketika menyebutnya…asalkan sebut betul2..fuhyoo..(bukan poyo yek)
Saya juga sempat menghantar ucapan khas bagi anda, klien2 yang dicintai dan di baca oleh saudara Zaki dan Smartzul. Seronok bila mendengar nama dan blog disebut di radio, tibe2 nak jadi giler glamer pun ader haha…
Jika korang terasa bosan, bolehlah ke fuhyoofm dan mendengar celoteh dj2 seperti Rohaizad, Nueman, Smartzul, Wanmus, Zamrin dan ramai lagi yang sentiasa berkongsi tips2 berkaitan dunia IE (Internet Entrepreneur) dan blogging sedikit sebanyak dapat memberi input ilmu blogging dan juga IE.
Mereka biasanya akan bersiaran langsung (online) tanpa masa dijangka, tapi kebiasaanya dalam 10 pagi ke atas. Tapi yang pasti mereka akan mengendalikan satu slot berkaitan Dunia IE yang akan bersiaran pada setiap hari Khamis, jam 12.00 tengahari. Manakala siaran ulangan pada hari Rabu, jam 2.00 petang.
Jika bukan mereka yang menjadi dj pada waktu itu, korang masih akan bersama beberapa dj muda seperti dj Am dan dj Eva yang akan biasanya memutarkan lagu dari permintaan anda. Tapi janganlah sekali membandingkan mereka dengan radio-radio lain seperti erra atau hotfm, mereka masih baru jadi sama-samalah kita menyokong mereka agar dapat mempertingkatkan mutu dari masa ke semasa.
Saya pun akan sentiasa berada di ruangan chatting shoutoutbox. Mana tahu kita akan berborak2 sambil menggoyang-goyang badan mengikut irama lagu2 yang diputarkan, seolah2 saya dan awak menari bersama-sama yeyhah..
Sedikit panduan untuk korang yang ingin mendengar fuhyoofm..
Keperluan
Bagi mendengar radio online ini, sudah tentu korang perlu ada keperluan seperti sambungan internet, sound card, speaker komputer, speaker laptop atau earphone/headphone pun boleh (disumbat ke sound card anda untuk mendengar bunyi/muzik dari computer).
Pemain Media
Kemudian anda memerlukan media players seperti Windows Media Players, WinAmp, Real Player atau iTunes. Biasanya jika install Windows, pemain windows media player akan disertakan sekali dan ini sudah mencukupi untuk mendengar FuhyooFM.
Kalau semuanya ok, jom test sound plak, boleh dengar ke tak…
1. Korang boleh mendengar radio terus dari pemain media players di FuhyooFM.
2. Untuk pengguna Internet Explorer dan Firefox, korang boleh meng’install Toolbar radio FuhyooFM di browser.
- Klik link ini untuk menginstall toolbar FuhyooFM.
- Paparan akan keluar dan tekan sahaja butang ‘Install Now’.
- Restart browser anda dan anda akan nampak toolbar FuhyooFM di browser anda:
3. Atau jika korang lebih selesa mendengar terus dari pemain media, boleh terus download fail playlist FuhyooFM.m3u di sini. Selepas download, korang boleh membuka fail tersebut dari mana-mana pemain media korang untuk mendengar FuhyooFM.
File m3u ini adalah shortform untuk “MP3 URL” atau “Moving Picture Experts Group Audio Layer 3 Uniform Resource Locator”. Jadi fail ini merupakan fail teks yang mengandungi maklumat lokasi media yang perlu di mainkan oleh media korang. Jadi fail FuhyooFM.m3u mengandungi maklumat url fail media radio (iaitu di http://174.120.183.111:8000) yang membolehkan pemain media korang kesan dan main.
Untuk lagi mudah, boleh lihat video cara mendengar radio fuhyoofm oleh dj Luvleey (perasan).
Teknik Promosi
Ok teknik promosi yang saya maksudkan adalah khas untuk para pendengar FuhyooFM. Di website FuhyooFM terdapat satu ruangan chatting box yang membolehkan korang berchatting bersama dj2 dan para pendengar yang lain.
Apa yang anda boleh lakukan ialah menyertai aktiviti berborak di ruangan chatting box ini di mana korang boleh meletakkan url blog atau web di ruangan borang di bawah box dan secara otomatik nama korang akan di hyperlink’kan dengan url ke blog korang. Pendengar lain kebiasaannya akan klik nama korang untuk mengenali korang dengan lebih rapat. Tapi jangan pulak spamming dengan link url anda di chatting box.
Kedua, korang juga boleh membuat ucapan dan permintaan lagu dari chatting box, dan dj2 akan membaca ucapan korang seperti mana yang telah saya lakukan di atas. Ketika membuat ucapan, sertakan sekali nama anda dan nama blog anda contohnya,
“Saya Luvleey dari blog syoksyok.com ingin menujukan lagu seterusnya untuk sekian..sekian..“.
Bukankah glamer satu Malaysia boleh mendengar nama dan blog korang disebut di radio. Inilah satu-satunya radio yang akan menyebut nama blog di radio.
Maka libatkanlah diri anda secara sempoi berchatting di FuhyooFM, sambil berhibur, menambah ilmu dan membuat sedikit teknik marketing yang tidak menyalahi etika. Sentiasa perhatikan segmen-segmen dunia IE oleh para IM dan blogger dan segmen carta 10 hits lagu kerana ketika itu ramai yang berkumpul untuk mendengar dan membuat request lagu.
Terdapat juga segmen “TERJAH BLOG” dimana para dj akan menerjah blog blogger dan membaca pos-pos yang menarik dari blog tersebut. Jadi jika anda sentiasa aktif dan blog menarik anda dikenali, kemungkinan juga blog anda akan diterjah suatu masa nanti oleh mereka.
Cadangan Untuk Pihak FuhyooFM
Sedikit cadangan untuk fuhyoofm dari saya, memandangkan ini merupakan radio online jadi mungkin boleh paparkan sedikit maklumat kecil di sidebar yang sentiasa dikemaskini dengan maklumat program atau nama dj yang tengah on air pada waktu itu dan sedang mengambil request lagu permintaan, dan kemudian jika tiada dj yang bersiaran akan terpapar “dj2 tgh off air dan hanya lagu sedang dimainkan”. Sebab saya tengok, ramai orang menanya “siapa dj tengah on air sekarang ek?” atau “boleh ke buat ucapan sekarang?” sedangkan semua dj off-air pada waktu itu. Hanyalah cadangan….sebut betul-betul..Fuhyoo!
Luvleey berbisik: “Bilalah dorang nak ganti logo baru ni :D”









Hi Luvleey,
Selamat Tahun Baru jugak kepada Luvleey.
Ape azam tahun baru ni?
Mesti nak memajukan lagi bussiness tu kan..
Semoga Luvleey sentiasa success dalam kehidupan.
Selamat maju jaya jugak untuk Fuhyoofm.
Tapi lagu2 diorang ni semua lagu lama2 kan.
Mungkin dj2 bertugas perlu lebih gigih untuk mendapatkan
lagu2 yang lebih fresh dan baru.
Itu juga sebenarnya kunci sesebuah radio menjadi tarikan ramai.
Jadi teruskan usaha..
Lastly, semoga Luvleey Fuhyoofm dan semua pembaca blog ini
terus success dan berfikiran positif lah selalu untuk mencapai
masa depan yang cerah.
Hi poey, terima kasih berkunjung ke blog…err..lagu lama? ada je lagu baru cuma kadang2 tu memang dorang pasang lagu lama sebab permintaan dari pendengar, poey pun bley buat permintaan lagu, ada lagu hindustan, thailand, arab..minta sahaja, dorang akan cuba mainkan jika ada dalam database mereka. Namun pe2 pun terima kasih di atas komen anda..fuhyoofm sentiasa cuba memberikan yang terbaik kepada pendengar.
Jimie tau… Luvleey paling suka lagu Hindi, siap guling2 lagi mengikut rentak lagu… Heheee
Shh..pecah rahsia ni hehe…
salam cik Luvley…selamat tahun baru.semoga tahun ini lebih byk kejayaan akan dicapai.
wassalam
Terima kasih, semoga saudara Zahir pun sama
salam..
menarik la blog luvleey nie..x sangka ada fuhyoofm..banyak lagi yg perlu belajar dengan para IM yg telah berjaya mencipta nama..tambah la lagi tutorial grafik tu..hehe..nk belaja camna wat tulisan syoksyok cam kat header atas tu (^_^)
Waalaikumussalam,
Selamat datang ke Syoksyok
Kak,sorry kalau off topic..just nak tanya, apa sistem affiliate yang bagus untuk saya dapatkan? Contohnya yang macam akak gunakan dalam web ecoverjualan.com tu.
Tapi saya nak yang dalam english punya memandangkan produk yang saya nak jual ni untuk international market.
Many thanks!
Kalau yang english punya boleh juga gunakan sistem Delavo. Boleh hubungi saudara Amirol kerana beliau authorise reseller.
Saya emelkan maklumat.
Kak,saya pun nak maklumat pasal sistem affiliate tu. E-mailkan ke saya juga okay.
Terima kasih~
Tahniah kerana terpilih sebagai PEMENANG KEDUA untuk Pertandingan Review FuhyooFM… haw yea…. haw yea…!
Terima kasih, FuhyooFM memang best
wow….mmg best pown…huhuhu…
maseh sbb invite me…