Note terkini: Link download telah di’fix. Enjoy…
Beberapa minggu yang lepas saya telah menghadiahkan template button kepada subscriber di mana korang boleh meletak teks sendiri di button tersebut. Tak sangka pulak ramai yang mengemel semula minta saya tunjukkan cara untuk meletak teks di template butang. Ada yang saya nampak telah cuba mengedit dan menggunakan button tu…good job untuk anda
Grafik Yang Bakal Dibina

Pengenalan dan Persediaan
Memandangkan button tersebut adalah dalam format .png dan .gif, saya hanya akan tunjukkan cara nak meletak teks di button tersebut di dalam Photoshop. Rasanya step ini simple sahaja dan yang paling asas, rasanya ramai yang dah tahu terutamanya yang mengikut saya di grafikjualan. Jadi tutorial ini adalah sebagai bonus kepada mereka yang nak mula menyesuaikan diri dengan photoshop.
Bagi yang belum download butang yang saya berikan, sila klik di sini. Kita perlukan template butang ini bagi mengikuti tutorial ini.
Langkah 1 – Permulaan dan Pemilihan Font
Baiklah, pertama sekali, di photoshop korang, buka mana-mana butang berformat .png yang saya berikan. Tapi bagi mengikuti tutorial ini, buka butang yang berwarna hijau seperti di bawah:

Klik ‘Type Tool’ di tools, dan pilih font yang diinginkan.
Orait, dah pilih ke?
Pilih je mana-mana font menarik dan bersesuaian dengan button kita. Kalau rasa tiada yang sesuai, saya berikan sedikit tips untuk memilih font.
Lihat butang yang saya berikan. Lihat bentuknya dan lihat jenis grafiknya. Bucu bulat dan ala-ala glossy kan?
Jadi untuk mencari teks yang bersesuaian dengan grafik sebegini biasanya saya akan menggunakan font yang bulat atau ‘rounded’.
Font yang saya gunakan ialah font ‘Vag Rounded’ dan ‘Vagabond’. Jika tiada font ini, boleh klik sini untuk download.
Setelah download dan letakkan di folder font di control panel di komputer.
Seterusnya klik semula pada ‘type tool’ dan pilihlah font ‘Vagabond’.

Bagi tutorial ini kita akan menggunakan font ‘Vag Rounded’ dan ‘Vagabond’ kerana ketebalan font2 tersebut amatlah sesuai kalau kita nak buat teks yang glossy.
Langkah 2 – Tambah Teks
Setelah memilih font, klik di atas butang mula menaip. Kita taip ‘Order’ besar-besar agar ketara dan orang ramai pun sedar akan kewujudan butang ini di surat jualan kita nanti.

Lihat di ‘layer palette’ di kanan, akan ada satu layer teks ‘order’ yang terhasil secara otomatik.

Bagi mengubah saiz teks, highlight keseluruhan teks, lihat di type toolbar di atas, bawakan pointer korang di bahagian saiz font, dan gerakkan mouse ke kiri dan kanan bagi mendapatkan saiz yang sesuai.

Berikut ialah saiz yang telah saya pilih: 49pt
Dan untuk mengubah warna font, kita akan gunakan blending tool tapi bagi totorial ini saya hanya tunjukkan pemilihan warna di type toolbar. Klik dua kali di foreground color, dan color picker akan pop out seperti di bawah.


Di sini saya telah memilih warna hijau gelap, #334c00. Kemudian klik ok.
Note: Anda boleh memilih warna terang atau gelap, tapi pastikan ia mudah di baca.
Langkah 3 – Tambah Efek Glossy
Masih di layer teks ‘order’, klik di keyboard, CTRL+SHIFT+N serentak untuk memmbina layer baru dan namakan layer baru ini sebagai ‘glossy’.

Tekan ok. Lihat, di layer palette sebelah kanan, terdapat satu layer baru ‘glossy’.

Masih di layer glossy, kita klik butang CTRL di keyboard, dan serentak bawakan mouse ke layer teks ‘ORDER’ dan klik di bahagian kotak berhuruf T seperti gambar di bawah.

Lihat di butang grafik sekarang, terdapat garis putus-putuskan?

Jika ada, kita teruskan langkah yang seterusnya.
Pergi ke “SELECT>>MODIFY>CONTRACT” dan masukkan nilai 1 atau 2 pixels.


Pergi ke tools palette, klik kanan pada marquee tool, dan marquee option akan keluar. Pilih eliptical marquee tool.

Sambil menekan butang SHIFT+ALT, klik kanan mouse dan buatkan satu bentuk oval (ataupun bulatan) separuh atau 1/3 sebahagian atas teks korang.

Di tools kita, pilih gradient tool, dan pilih gradient tool (dari fill ke transparent).

Untuk mengubah warna, ubah sahaja pada foreground color. Di sini saya biarkan sahaja warna putih.

Klik dari bahagian atas butang hingga ke lebih kurang separuh teks dan lepaskan mouse.

Kemudian klik CTRL + D untuk hilangkan garisan putus.
Langkah 3 – Langkah Terakhir
Sekarang teks kita kelihatan glossy. Ini simple glossy sahaja, boleh di’cantikkan lagi dengan bermain dengan filter, opacity dan sebagainya, take your time untuk mendapatkan efek yang cantik. Dan sudah tentu terdapat cara berlainan untuk menambah glossy seperti menggunkan blending tool, tapi saya tunjukkan dulu cara ini agar korang dapat lebih mengenali tools dan fungsinya.
Kebanyakkan butang yang saya nampak di web jualan adalah tenggelam dan kadang-kadang pelanggan tidak tahupun akan kewujudan order button ataupun tidak tahu bahawa butang tersebut perlu di klik untuk ke proses yang seterusnya.
Untuk butang ini, saya telah rekakannya dua bahagian tambahan agar lebih menyerlah dan kebanyakkan pelanggan pun terus klik dan beli produk kita.

Di bahagian atas boleh sertakan ayat tambahan call-to-action seperti, klik di sini, klik sekarang, click now dan sebagainya. Dan di bahagian bulatan, boleh letakkan harga produk.
Gunakan step yang sama untuk meletak teks lain di butang dan maka siaplah butang glossy yang sungguh menyerlah!
Tutorial Video
Ikuti video tutorial langkah demi langkah yang saya jelaskan di atas sambil menikmati musik background yang santai
Kesimpulan
Simple bukan tutorial ini? Sekarang anda tahu bagaimana untuk menggunakan template butang yang saya berikan. Malah di dalalm tutorial ini juga anda dapat mempelajari cara pemilihan font dan menambah efek glossy. Sudah tentu anda dapat mengaplikasikan teknik ini untuk apa sahaja grafik yang korang mahu. Untuk lebih menarik, jadikan teks dan butang tersebut beranimasi.
Sampai berjumpa lagi. Jangan lupa tinggalkan komen anda di bawah.




Wow.. menarik tutorial ini.. Disampaikna dengan penuh santai
Oh terima kasih…
Menarik gak tutorial ni jelas dan mudah difahami.Yang paling penting dalam bahasa melayu.
Terima kasih
Terima kasih atas email Grafik yang canggih.Saya akan mempelajari kaedah kaedah
grafik yang terbaru yang dihantar dengan kami .Minta maaf saya masih baru dalam
bidang internet ini.
Sama-sama dan selamat mencuba.
wah…hebatla…sy mmg minat Grafik ni…klau..
ada tutorial yg baru email ya….TQ….
okies sy pasti emel
satu agi kak Luvleey..mcm man ye nak buat Template guna photoshop???…klau bleh tlg ajar ye….tQ….
Ok, nanti saya buat dalam tutorial yang akan-akan datang
YEAH! Barulah meriah~ Hee.. kak. Nanti nak
jemput akak buat post kat blog sy blh?
Thanks for the tuts.. Kita bincang dlm nak?
Hee… blh buat colaboration.
No problem
Em, ttg design, akak guna Ps CS###? CS berapa ye. CS4?
Dan kemudian, macamana akak boleh display bentuk
cursor semua ye? Sy xdpt display lah kalau klik
butang Print Screen. Tak keluar lah.
Camana ye? Ada setting apa? Or akak guna perisian
lain utk buat screenshot?
Luvleey sangat pemurah, semoga rezeki dia bertambah…AMIN
AMIN..hehe terima kasih Syah
Memang bagus pelajaran ini ,saya sokong penuh,.mudah mudahan berjaya.
Orang muda memang suka santai namun ada juga ‘bahasa’ yang tak bersesuaian untuk orang tua seperti saya.
tq
Terima kasih Tuan Samsuri, semoga berjaya mengikuti tutorial ini dan bolehlah menggunakan butang grafik yang diberikan. Jika bahasa saya terlalu santai, saya memohon maaf kerana matlamat blog ini dibina untuk menyampaikan ilmu secara santai, tapi jika Tuan ada yang kurang faham bolehlah bertanyakan kepada saya, insyaAllah saya akan membantu semampu yang mungkin.
seronok dibaca dan akan saya cuba buat
Thank you bro Zarul
salam kak luvleey syok la tutorial ni….
bertambah syok laaaaa.. cun betul pljran
ni…..
Terima kasih ya boon, selamat mencuba
Tq luv.. tutorial utk wat 3d ade x? yg mcm text syoksyok tu
@ Fiz – ader..dalam koleksi..tunguu…
Terima kasih Luv leey. InsyaAllah saya akan cuba. Tahniah atas tutorial yang berguna ini.
@ mykrk – Terima kasih. Setelah cuba jangan lupa tunjukkan hasilnya
Simple menarik sesuai untuk orang yang nak belajar wat button order..thanks Luvleey
Ok ur welcome
tutorial yang menarik… nati email sy lagi
orait
dah lama download button free tuh, tapi x penah guna pun lagi hehe..pas akak dah buat tutorial ni nnt nk cuba buat lah..hehe k trimas..
ok sama-sama, jangan lupa tunjuk hasilnya
saya dah edit order button ni.. jom tgk kt blog ni http://aifah-collection.blogspot.com
Terima kasih..
entri ini banyak membantu..
sama-sama
Terima kasih. 1 ilmu baru utk saye ni. Nak try la lpas ni. Memang terang dan jelas tutorial ni.
Thanks again.
sama-sama dan selamat mencuba
Salam Kak Luvlee.
Terima kasih kerana menyediakan tutorial yang mudah difahami dan amat bermanfaat. Tidak hairanlah ramai yang menyukai hasil kerja akak. Cun melecun.
Waalaikumussalam adik Aqif
Terima kasih, selalulah berkunjung ke blog ini, banyak lagi yang hendak dikongsikan.
Thanks kerana telah memberikan panduan photoshop yang sangat mudah untuk difahami. Saya percaya bagi yang baru mengenali photoshop juga mudah untuk memahami tutorial ini.
Sama-sama Tuan Arman. Saya cuba terang seboleh yang mungkin agar mudah bagi yang baru mencuba Photoshop memahaminya
Thanks ya!
Salam, boleh tak saudari ajar kan kami cara membuat tag nama/ pas masuk yg biasa digantung dileher sempena satu2 acara? Terimakasih. Jasamu ku kenang.
Ok insyaAllah, saya cuba
Luvleey, panduan guna GIMP ada tak. Saya rasa ramai yang tak mampu nak memiliki Adobe Photoshop.
Mudah dan cantik. Inilah dua perkataan yang mula keluar lepas lihat post ini. Kemudian tangan terus klik Photoshop untuk cuba dan hasilnya memang best.
Terima kasih tak terhingga kepada Luvleey dengan ilmu simple dan menarik ini.
Terima kasih Master Yus
Sumber ilmu menarik di sini terutama bab design, satu aspek yang saya kekurangan dari segi bakat dan idea. Teruskan perkongsian.
Hurm saya memang salute sis punya design… Sis jadi sumber rujukan dan idola sy sekarang
keep up the good work sis…
Salam Kak Luvleey ,
Cantik tutorialnya macam orgnya .. :D. BTW , terimas atas perkongsian nie … nanti sy nak cuba buat satu pulak.
Salam.
salam kak luv..
menarik tutorial akk ni, sy mmg minat bidang grafik..n slalu gak bermain dgn photoshop, tp msh dlm peringkat awl lg nk mengenal lbh mendlm PS ni..hehe, akk ada tk tutorial cara untuk buang watermark kat grafik..sy teringin nk tahu caranya..tq
nak buat watermark atau buang..? wah dasyat nk buang watermark orang..bahaya tuh..hehe
nice la, memang cantik..
alhamdulillah… perkongsian yg sungguh bermafaat. terima kasih. Semoga berkat selalu