Sebelum itu, Selamat Tahun Baru Cina kepada rakan-rakan cina, Selamat meraikan tahun harimau, Gong Xi Fa Cai. Tak sempat saya nak menyediakan kad raya cina. Tapi sedikit ucapan:
祝大家新年快乐,恭喜发财,身体健康,万事如意!
Kali terakhir saya melihat harimau secara ‘live’ ialah ketika di Tanzania, Afrika. Saya masih teringat, Pajero kami berhenti di bawah pokok, sedar-sedar ada Harimau Bintang sedang memanjat pokok tersebut. Cepat-cepat kami tutup bumbung kereta, kalau tidak mungkin kami dah jadi santapan harimau bintang tersebut.
Saya sentiasa tertarik dengan haiwan harimau ini, terutamanya matanya yang garang, namun boleh buat saya terpukau. Susuk badan yang tegap, dan corak-corak jalur di badan, tersusun seperti ditenun. Comel seperti kucing, namun bahaya, garang dan gagah.
Mengikut buku “Keluarkan Singa Daripada Diri Anda” oleh Hj. Muhammad Bin Zakaria,
Dalam diri anda ada suatu tenaga yang sangat kuat dan berpotensi. Ada ahli motivasi menamakan ia “gergasi”. Yang lain memanggilnya “harimau”. Penulis menamakan tenaga itu sebagai “singa”.
Dasyatkan? dalam diri kita ada tenaga seperti ini. Apa yang dimaksudkan oleh penulis, setiap daripada kita mempunyai tenaga yang berpotensi umpama harimau atau singa yang cukup kuat untuk berjaya mengatasi orang lain. Tetapi tenaga yang unggul ini terpendam sehingga anda sendiri tidak tahu mengenainya. Tapi jika anda dapat keluarkannya dan memandunya, ia mampu mengaum ke seantero dunia dalam usaha menggapai kecemerlangan.
Oh, ini tiada kaitan teknik urut cakar harimau ye
Sebagai inspirasi, saya berikan beberapa video lukisan harimau yang telah dilukis oleh beberapa artist yang berbakat menggunakan software seperti Photoshop, Paint Sai, Corel Photopaint malah dengan aplikasi Facebook ‘Graffiti’..hebat betul!
Manalah tahu selepas tengok video-video ini, keluarlah harimau dalam diri anda, tapi jangan jadi macam dalam filem Maya Karin, Waris Jari Hantu dah lah!
Pos ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran bukan sahaja dapat memberi inspirasi tetapi dapat menyelamatkan harimau-harimau ini dari pupus akibat dibunuh dan disembelih untuk kepentingan manusia. Mengikut pengiraan hanya tinggal 5,000 hingga 7,000 harimau dari 5 sub-spesis yang tinggal di seluruh dunia. Di Malaysia sahaja, populasi harimau hanya tinggal 500.
11 Beautiful Tiger Inspired Graphic Artwork Videos
Link Video: Tiger Speed Paint

Link Video: Photoshop Paintng – A Tiger

Link Video: Speed Painting Tiger

Link Video: Speed Painting a Tiger by Amo (Facebook Graffiti)

Link Video: White Tiger

Link Video: Tiger Speed Paint (Sai)

Link Video: Alchemy Speed Painting

Link Video: Tiger Cub Drawing Photoshop

Link Video: Drawing a tiger

Link Video: TIGER digital Drawing

Link Video: Straubing Tigers Logo reloaded

Dan ini adalah baby harimau saya, namanya si boboy (kucing sebenarnya). Saya gelarkannya baby tiger kerana corak bulunya seperti harimau:

“Percayalah dalam diri anda terdapat harimau yang menunggu masanya untuk mengaum!” kata Luvleey sambil mengunyah biskut Tiger.








Hi Luv,
Menarik sangat pos kali ni.. lebih syok dari biasa. Heee.
Betul tu dalam diri kita memang ada tenaga tu..
Kadang2 ia akan terkeluar time kita terdesak nak melakukan sesuatu.
contohnya time belajar dulu kita boleh siapkan assignment last minute sebab terdesak.
Kadang2 boleh berjaga sampai pagi walaupun tak minum kopi.
Memang tenaga dalam diri manusia sangat2 hebat jika kita dapat explore sendiri.
Tenaga tu dalam istilah counseling dipanggil tenaga libido.
Selamat tahun baru cina jugak walaupun saya tak sambut.
Tapi jiran2 sebelah rumah ni, depan belakang kiri kanan tak
habis2 main mercun.. pening..
Harap tak de la yang hangus.. hehe
oo..thank you poey, tenaga libido rupanya, baru saya tahu.
Di sini pun tak habis-habis orang main mercun
Fening dibuatnya
tapi meriah juga.
askom…waaa lawa la pic harimau yg akk wat…leh x ajar sy..
hehehe…
tiger? hehe..
ye tiger..bukan titan tau..
kalau titan pun takpe. haha..
Last pic was interestng.. =) 1 hari nnti boleh lh kongsi kt blog ni mcm mne nk animated kn pic tu..
Orait, thanks, good idea, animated kan gambar.
daripada kucing comel kepada kucing garang.hoho
nice pic
Thanks
camne nk master adobe?
uik nak master dah hehe..practice dan practice dan practice
Mula sikit2
cantiknya photoshop tiger…tigerwood bila pula nak mengaum aaa..hehe
tigerwood dah mengaum lama dah
fUH!!! MEMANG MENGAUN KAK LUVLEEY NIEH… :d
Tak dengar saya mengaum betul2 lagi
wargh..sis baby tiger tu comei lah..kasi pinjam sekejap..heheheh
Haha boleh2..tapi takut nanti dah pinjam, tak kasi balik, baby tiger ni
macam teddy bear, semua orang dia ngam, takde perasaan betul…
salam…
ingat luvlee yg g tanzania tu..heheh.
blog ni cantik btullah…
Waalaikumussalam,
Saya memang pernah pergi Tanzania, sekolah di sana ikut ayah.
teringin jugak nak buat blog yang cantik2 manis ayu macm luvlee ni…tapi jarang ade masa…sempat jenguk2 biar bertambah syok2..hehe…dah lama kenal cuma belum buy produk dari luvley…tgh kumpul duit buy laptoplah…huhu
hai Simawan, belum cuba belum tahu..cubalah bina blog di domain sendiri, nanti rasa kelainannya
Salam kak luvleey,
Dah 10 hari sy hantar email x berbalas, harap balas lah yer …
Salam Muaz, saya tak buka kedai lagi…cuma ambil yang sedia ada sahaja. Tapi akan dibuka tahun ini juga
Baby tiger yang cute. Kalau baby tiger dah jadi mami tiger boleh jual online anak2 nya. Pasti hot. Ader ke orang jual produk fizikal hidup ini secara online. Cam ne nak post ye… tengah cari idea..
Boleh jual, tapi saya tak pernah jual lagi. Lagipun baby Tiger saya ni jantan
Carikan pasangan yang cute juga utk baby tiger luvleey….
Dah ada dah..sama comelnya..
Suka tengok mata rimau ni kat BMW. Tak sangka pula dalam diri kita ada bela harimau. Kena keluarkan juga ni :-)..
yeah, jom keluarkan!
Kalau yang dalam diri kita tu naga macam mana luvleey ?
wah, naga! Sama sahaja Anwar, terpulang kepada anda mahu menganggap tenaga yang anda ada ini harimau, naga, gergasi atau singa
Salam Motivasi / Berkenalan..
Memang tidak dinafikan semangat atau tenaga yang ada dlm harimau, raja segala binatang katakan.. betul ker Luleey.. Jika anda hendak tahu dalam seni persilatan juga mengamalkan segala pergerakan harimau.
Luleey boleh kita berkerjasama satu hari nanti??
Salam Tuan Zairi,
er..berkerjasama untuk bersilat ke? (gurau)
boleh jer..just let me know.
wow! memang power la kak luvleey kita..caya la..
Thank you Faiz
memang patut keluarkan ” Tiger ” dalam diri. Saya ada cerita pasal tiger nie. InsyaAllah ada masa/ kelapangan saya akan tulis. Masih dalam kepala.
Setelah tulis moga dikongsikan
insyaAllah
alhamdulillah… dah ada artikel kat web saya… tapi bukan rimau.. singa. Semoga dapat manafaat. belum pandai untuk menghasilkan penulisan yg baik dan berfakta. saya akan cuba lagi.
Seronok saya membaca artikel tersebut