Found in Inspirasi.

Inspirasi: Keluarkan Harimau Daripada Diri Anda

February 14th, 2010 | Inspirasi | Luvleey | 41 Comments



Sebelum itu, Selamat Tahun Baru Cina kepada rakan-rakan cina, Selamat meraikan tahun harimau, Gong Xi Fa Cai. Tak sempat saya nak menyediakan kad raya cina. Tapi sedikit ucapan:

祝大家新年快乐,恭喜发财,身体健康,万事如意!

(Google translation di sini)

Kali terakhir saya melihat harimau secara ‘live’ ialah ketika di Tanzania, Afrika. Saya masih teringat, Pajero kami berhenti di bawah pokok, sedar-sedar ada Harimau Bintang sedang memanjat pokok tersebut. Cepat-cepat kami tutup bumbung kereta, kalau tidak mungkin kami dah jadi santapan harimau bintang tersebut.

Saya sentiasa tertarik dengan haiwan harimau ini, terutamanya matanya yang garang, namun boleh buat saya terpukau. Susuk badan yang tegap, dan corak-corak jalur di badan, tersusun seperti ditenun. Comel seperti kucing, namun bahaya, garang dan gagah.

Mengikut buku “Keluarkan Singa Daripada Diri Anda” oleh Hj. Muhammad Bin Zakaria,

Dalam diri anda ada suatu tenaga yang sangat kuat dan berpotensi. Ada ahli motivasi menamakan ia “gergasi”. Yang lain memanggilnya “harimau”. Penulis menamakan tenaga itu sebagai “singa”.

Dasyatkan? dalam diri kita ada tenaga seperti ini. Apa yang dimaksudkan oleh penulis, setiap daripada kita mempunyai tenaga yang berpotensi umpama harimau atau singa yang cukup kuat untuk berjaya mengatasi orang lain. Tetapi tenaga yang unggul ini terpendam sehingga anda sendiri tidak tahu mengenainya. Tapi jika anda dapat keluarkannya dan memandunya, ia mampu mengaum ke seantero dunia dalam usaha menggapai kecemerlangan.

Oh, ini tiada kaitan teknik urut cakar harimau ye :)

Sebagai inspirasi, saya berikan beberapa video lukisan harimau yang telah dilukis oleh beberapa artist yang berbakat menggunakan software seperti Photoshop, Paint Sai, Corel Photopaint malah dengan aplikasi Facebook ‘Graffiti’..hebat betul!

Manalah tahu selepas tengok video-video ini, keluarlah harimau dalam diri anda, tapi jangan jadi macam dalam filem Maya Karin, Waris Jari Hantu dah lah!

Pos ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran bukan sahaja dapat memberi inspirasi tetapi dapat menyelamatkan harimau-harimau ini dari pupus akibat dibunuh dan disembelih untuk kepentingan manusia. Mengikut pengiraan hanya tinggal 5,000 hingga 7,000 harimau dari 5 sub-spesis yang tinggal di seluruh dunia. Di Malaysia sahaja, populasi harimau hanya tinggal 500.

11 Beautiful Tiger Inspired Graphic Artwork Videos

Link Video: Tiger Speed Paint

tiger12

Link Video: Photoshop Paintng – A Tiger

tiger11

Link Video: Speed Painting Tiger

tiger1

Link Video: Speed Painting a Tiger by Amo (Facebook Graffiti)

tiger2

Link Video: White Tiger

tiger4

Link Video: Tiger Speed Paint (Sai)

tiger3

Link Video: Alchemy Speed Painting

tiger9

Link Video: Tiger Cub Drawing Photoshop

tiger7

Link Video: Drawing a tiger

tiger5

Link Video: TIGER digital Drawing

tiger10

Link Video:

Link Video: Straubing Tigers Logo reloaded

tiger8

Dan ini adalah baby harimau saya, namanya si boboy (kucing sebenarnya). Saya gelarkannya baby tiger kerana corak bulunya seperti harimau:

Percayalah dalam diri anda terdapat harimau yang menunggu masanya untuk mengaum!” kata Luvleey sambil mengunyah biskut Tiger.


Kongsi, Bookmark, Print, PDF, Enjoy :)
  • Digg
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • PDF
  • StumbleUpon
  • Twitter
  • email
  • MySpace
  • RSS
  • Tumblr
  • Yahoo! Bookmarks

Mengenai Penulis *Luvleey*

Hai, saya Luvleey atau nama sebenar Nurulhayati Mohamed. Seorang yang amat meminati grafik dan Internet. Seorang yang sangat simple dan sentiasa berusaha memperbaiki diri, suka melihat, merenung, memikir dan melakukan tindakan. Tidak suka bercakap banyak melainkan perkara-perkara penting dan saya percaya berkerja kuat dalam sesuatu perkara yang diminati bakal membuahkan hasil. Namun saya suka berkawan dan bertukar-tukar pandangan dan idea. Di dalam blog ini saya berkongsi-kongsi ilmu dengan anda, jadi berikan saya sokongan dengan meninggalkan komen :)

Comments
Leave a Comment