Tutorial time! Kali ini adalah tutorial permintaan dari pengunjung blog syoksyok.com iaitu BroSKL.
“aish..lambat betul Luvleey nak siapkan tutorial tau!”
Saya minta maaf, saya terlalu sibuk. Tapi yang penting I always remember you all, yeah!
Pengenalan
Ok baiklah, tutorial kali ini adalah tutorial ringkas cara menghasilkan ‘Photoshop Brush’. Anda mungkin tertanya-tanya bagaimana wujudnya ‘photoshop brush’ ini. Jawapannya ialah ‘brush-brush’ ini dihasilkan di dalam photoshop juga. Caranya amat ringkas.
Namun untuk menghasilkan brush yang beresolusi tinggi, anda memerlukan Photoshop CS2 dan keatas. Untuk versi lama saya tidak berapa pasti.
Langkah pertama – Persediaan
Jika anda menggunkan Photoshop cs2 dan ke atas, sediakan canvas baru yang bersaiz panjang lebar 2500 x 2500 px. Anda sebenarnya tidak perlu menyediakan canvas yang terlalu besar tapi bagi menghasilkan brush yang beresolusi tinggi, adalah sebaik-baiknya kita sediakan canvas yang paling besar. Bagi versi photoshop yang lama, anda mungkin mempunyai saiz yang terhad lebih kurang 999 px ke 1000 px.
Kemudian pastikan anda set canvas anda ke Grayscale. Ini adalah bertujuan memudahkan Photoshop mengenali bahagian yang perlu dijadikan brush dan bahagian yang tidak perlu. Photoshop akan menjadikan bahagian gelap atau hitam sebagai brush, manakala bahagian putih sebagai bahagian yang tidak perlu atau transparent.
Langkah kedua – Mulakan melukis
Seperti yang saya katakan sebelum ini, Photoshop akan menjadikan kawasan gelap sebagai brush, jadi pastikan apabila anda melukis gunakan warna hitam.
Klik pada Set Foreground Color, dan pilih warna hitam atau #000000.
Anda boleh melukis apa-apa sahaja yang anda inginkan menggunakan brush, shapes dan sebagainya. Berikut ialah lukisan saya, orang lidi. Saya tahu tak cantik tapi yang penting saya ingin tunjukkan bagaimana saya jadikan orang lidi ini sebagai brush
Langkah ketiga – Define Brush Preset
Setelah selesai melukis, kita akan jadikan lukisan anda sebagai brush.
Klik pada Edit –> Define Brush Preset.
Masukkan nama brush baru anda dan tekan OK.
Langkah keempat- Langkah Terakhir
Bagi memastikan brush anda telah dijadikan sebagai brush, klik sahaja pada Brush Tool (B) dan lihat di brush palette.
Jika anda nampak brush anda, bermakna anda telah berjaya mencipta brush photoshop anda sendiri…hooray!!
Jadi langkah seterusnya ialah anda perlu menyimpan brush ini dalam format file .abr agar mudah anda menggunakannya dilain komputer yang mempunyai photoshop atau untuk dikongsikan file ini dengan rakan anda.
Klik pada anak panah kecil di hujung kanan option brush, kemudian klik Save brushes…
Simpan fail brush anda di dalam satu folder yang memudahkan anda ingat kedudukan brush ini. Contohnya, saya telah simpan brush “orang lidi” dalam format .abr:
Langkah ini anda boleh gunakan bagi bertujuan untuk menyimpan satu koleksi brush yang banyak sekali gus dalam satu fail .abr.
Tutorial video
Berikut adalah video cara saya menghasilkan brush “orang lidi”.
Penutup
Maka siaplah brush ciptaan anda sendiri. Walaupun ringkas namun selepas ini anda dapat menghasilkan berus-berus photoshop anda sendiri untuk tujuan mempercepatkan kerja design anda. Dari penghasilan brush yang ringkas, setelah anda mahir, anda akan dapat menghasilkan brush yang lebih cantik dan menarik seperti brush dari gambar yang telah tersedia, atau brush dari vector. Contohnya, saya banyak menukarkan logo sebagai brush photoshop sendiri untuk tujuan ‘watermark’ gambar atau design saya.
Note penting: Photoshop akan menjadikan bahagian gelap atau hitam sebagai brush, manakala bahagian putih sebagai bahagian yang tidak perlu atau transparent.
Sampai berjumpa lagi. Jangan lupa tinggalkan komen anda di bawah.














mudah rupanya buat benda ni..
tutorial yang menarik
Ya, mudah, boleh cuba
Terima kasih.
Good job kak luv……
sy kan lebih mempelajarinya nanti……
Thanks Sheila!
sy ada satu lg pertanyaan untuk kak luv……
mcm mana nak hasil kan paper bag yg kreatif????
ideal plzzzzz
Maksudnya design untuk paperbag atau design untuk mengahasilkan paperbag?
Jika design untuk paperbag, bergantung dengan jenis design yang Sheila inginkan.
Biasanya paperbag tak perlu design yang complicated sangat.
Yang penting tema warna dan kosep.
mcmne nk dapatkan photoshop percuma ek????
design for paparbag
emmm konsep dia adalah sekolah pondok…..
sy dah blur nak fikir mcm mana………..
plezzzzz
ari tu dah bt tadi kena bt semula…
huhuhuhuh
Luvleey,saya dari Indonesia,saya sangat berminat dlm design grafis,tapi sangat kurang pengetahuan dan pengalaman dalam hal itu.Mudah2an dengan materi yg anda berikan saya bisa meningkatkan pengetahuan saya.Thanks a lot,Luvleey.
ooowwhhh…camtu rupanya (sambil ternganga)…huhuhu…
perkongsian menarik bagi org baru blajar ps cam saya, teruskan lagi….
Terima kasih
Salam Kak Luleey…… best la tutorial ni.. walupun ianya asas, tapi
kelmas dan menarik….. tapi kenapa saya menggunakan PSCS3 saya tak boleh
nak guna kat define Brush Preset ye…? kalau guna PSCS4 portable boleh plak….
apa masalahnya dalm PSCS3 ye…….??? harap Kak Luvleey bantu..
Waalaikumussalam, terima kasih..
Untuk PS3 cuba lukis di layer baru (bukan di layer background), kemudian baru define brush preset.
salam…cik Leey,menarik tutorial nih…sy mesti cuba
terima kasih
setelah sekian lama saya tunggu akhirnya permintaan saya di tunaikan..hehe..trimas kak luvleey.. pas ni boleh la cipta brush sendri…
Sama-sama. Lepas tu sharelah brush tu
Cayalah Luvleey, tutorial yang senang difahami serta ada video lagi.
Thumbs up~!
@Baloot: Thanks!
dua tiga hari ni terpikir nak cari cara bt brush dgn eCover..
bukak2 email, tgk ada tutorial nk bt brush
fuhhh
tarik nafas legaa, hehe
Thanks Luvleey
@HafizFahmi: Sama2…lepas ni boleh share2 brush
Kali pertama jumpa tutorial ajar buat brush.N1..
Boleh buat brush banyak2.
nicee! ;D thx for sharing.. barula cek taww.. hehe
Sama-sama
salam sis,
Bila nak buka kedai balik?? lama benor tunggu sis reply email
Waalaikumussalam,
Buat masa sekarang kedai masih ditutup. Akak dah balas emel sebentar takdi.
wow!! br tau… semudah itu sbnrnya buat. Tq banyak2. lps ni, senang la buat cop kat gbr…
ya, boleh buat watermark, cop2..mempercepatkan kerja.
Salam / Mari teman berteman bersama saya..
Satu ilmu photoshop yang bagus nie.. tp kalo boleh bagi la cara-cara nk cipta gift pakai photoshop?
Tq…
makasih tipsnya mbak. ntar di coba ahhh
hoho, suka tut design! tak sangka ada blog melayu yg bg tut design yg superb, selalu baca dr chris spooner & abduzeedo je. keepidup!
Terima kasih semua
salam..saya nk bertanya bagai mana nk letak brush dlm photoshop secara kekal, xperlu lah setiap kali nk menggunakan brush kena load…
tlg lah bantu saya
Setelah selesai membina brush. Klik sahaja option di brush (butang kecil di kanan bucu) di situ ada option untuk save brush.
satu lagi tutorial yg baru utk saye belajar..
thanks kak luvlee.. saye dah try.. Jadi…..
Sama-sama Amim..lepas ni dah bina brush kongsi-kongsikan
buseettt…mantap bgt tutorial nya…keep share…thx yacchh…
ok thanks ya!
salam kak luvlee..saya da lama guna photoshop tp terbaik la kak..webste ni mmg cun n kreatif..hmm..ad yg ty camne nk dpt photoshop free.xtau la kak da jwb blom..insyaallah sya akan wat satu site n linkn mna boleh dpt photoshop free..