Found in Umum.

Sudi Jadi Kawan Saya?

April 22nd, 2010 | Umum | Luvleey | 31 Comments



Jika anda lihat agak lama saya tidak membuat pos baru di blog ini. Seperti biasa hidup sebagai freelance graphics designer ini memang perlu memberi fokus 100% kepada kerja-kerja yang dipertangungjawabkan oleh klien-klien kepada kita. Kadang-kadang tidak tidur malam semata-mata untuk menyiapkan kerja, makan minum semuanya depan komputer. Sebab tu saya mempunyai masalah dalam pengurusan masa. Bila dah susun ‘canteeek punya’ masa dan senarai ‘to do’, kemungkinan klien lama yang tertunda kerjanya akan tiba-tiba muncul semula meminta menyiapkan kerja serta-merta, sedangkan sudah berjanggut saya menunggu respon dari mereka.  Jadi kerja saya akan mula berterabur dan akhirnya saya terpaksa ikut sahaja naluri yang mana perlu diselesaikan dengan cepat.

Namun itu semua adalah asam garam kerja sebagai freelancer. Jiwa mesti kental dan jika anda seorang wanita “dalam hati mesti ada besi bukan taman” heh! :D

Bagi anda yang ingin mengikuti perkembangan saya, biasanya saya akan online di facebook. Ketika saya bekerja saya akan online Facebook dan sekali-sekala saya akan mengemaskini status dan membaca status kawan-kawan. Jadi dengan segala hormatnya saya menjemput anda menjadi kawan saya di Facebook:

Facebook saya: http://www.facebook.com/luvleey

Fan page  SyokSyok: http://www.facebook.com/syoksyok (klik sahaja pada butang ‘Like’)

Saya juga baru membina group baru untuk anda mempromosi produk dan servis anda berkaitan grafik (belum siap sepenuhnya tapi sudah boleh sertai):

Group Syok Grafik Malaysia: http://www.syoksyok.com/syokgrafikmalaysia

Sama-sama kita memeriahkan facebook. Jika anda belum memiliki akaun Facebook, cepat-cepatlah buka akaun kerana anda boleh mempromosikan perniagaan dan servis anda disamping membina networking secara sihat dan betul.



Kongsi, Bookmark, Print, PDF, Enjoy :)
  • Digg
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • PDF
  • StumbleUpon
  • Twitter
  • email
  • MySpace
  • RSS
  • Tumblr
  • Yahoo! Bookmarks

Mengenai Penulis *Luvleey*

Hai, saya Luvleey atau nama sebenar Nurulhayati Mohamed. Seorang yang amat meminati grafik dan Internet. Seorang yang sangat simple dan sentiasa berusaha memperbaiki diri, suka melihat, merenung, memikir dan melakukan tindakan. Tidak suka bercakap banyak melainkan perkara-perkara penting dan saya percaya berkerja kuat dalam sesuatu perkara yang diminati bakal membuahkan hasil. Namun saya suka berkawan dan bertukar-tukar pandangan dan idea. Di dalam blog ini saya berkongsi-kongsi ilmu dengan anda, jadi berikan saya sokongan dengan meninggalkan komen :)

Comments
Leave a Comment