Found in Tutorial Grafik.

Tutorial Graffiti & Grunge

May 5th, 2010 | Tutorial Grafik | Luvleey | 69 Comments



Tutorial kali ini membuat saya agak excited kerana saya merupakan peminat Graffiti Art! Memandangkan tema pertandingan santai sambil bergembira di group Syok Grafik Malaysia pada minggu ini ialah Graffiti & Grunge, jadi apa salahnya saya buat tutorial cara menghasilkan Graffiti dan Grunge.

Pengenalan

Apabila disebut graffiti biasanya ia melibatkan text yang berwarna-warni dan gambar yang dilukis-lukis di dinding. Oh jangan salah sangka ya ini tidak termsuk hasil-hasil conteng korang di dinding rumah korang ye ;)  Biasanya artist dan designer dari seluruh negara menghasilkan graffiti untuk menyatakan maksud di batu dan dinding. Hanya menggunakan font graffiti dan menambah sedikit efek grunge, kita dapat menghasilkan grafik Graffiti + Grunge di Photoshop.

Langkah pertama

Sediakan canvas baru di photoshop. Di dalam tutorial ini saya menggunakan dimensi seperti di bawah:

Langkah kedua

Warnakan background dengan apa sahaja warna yang sesuai. Saya memilih warna coklat kerana menyerupai warna dinding batu-bata yang akan saya gunakan nanti.

Langkah Ketiga

Klik pada Type tool dan cari font yang bersesuaian dengan tema graffiti. Saya menggunakan font Tribal Funk. Anda boleh download font ini di sini.

Taip di canvas dengan perkataan anda. Di sini saya taip perkataan ‘Syok!’ dan saya jadikannya warna hitam sebagai bayang-bayang teks kita nanti.

Langkah Keempat

Kemudian kita klik semula Type Tool dan taip satu persatu huruf bagi menghasilkan huruf di berlainan layer. Dan anda boleh lihat di bawah saya mulakan dengan hurus ‘S’.

Guna warna berlainan untuk teks ‘S’ ini dan di bawah saya menggunakan warna putih. Bawakan layer ‘S’ tersebut ke atas teks ‘Syok’.

Langkah Kelima

Klik edit > Free Transform dan gunakan pointer mouse anda untuk memutarkan sedikit huruf sambil mendedahkan sedikit teks hitam di belakang.

Langkah keenam

Lakukan cara yang sama untuk di layer huruf yang lain.

Langkah ketujuh

Kemudian di layer huruf ‘S’, klik kanan mouse anda dan pergi ke Blending tool. Gunakan setting seperti di bawah:

Langkah kelapan

Lakukan cara yang sama digunakan ke semua layer huruf:

Langkah kesembilan

Kemudian di keyboard anda, tekan butang CTRL + Klik di semua layer teks.
Pergi ke menu layer dan kemudian klik ‘Merge Layers’ bagi mengabungkan kesemua layer teks dan huruf menjadi satu layer. Layer ini saya namakan layer ‘Utama’.

Langkah kesepuluh

Di layer ‘Utama’, klik kanan dan tekan belanding tool. Kemudian gunakan setting seperti di bawah:

Langkah kesebelas

Jika anda ingin mengubah warna grafik anda boleh berbuat demikian dengan klik pada menu Image > Hue/Saturation.

Kemudian bolehlah mengubah setting Hue untuk pulihan warna yang anda suka:

Langkah keduabelas

Masih di layer grafik teks, klik CTRL + J di keyboard untuk ‘duplicate layer’ atau menghasilkan layer baru yang sama dari layer ‘Utama’. Saya namakan layer ini layer ‘Kedua’.

Langkah ketigabelas

Pada layer ‘Kedua’ yang baru dihasilkan, kita klik pada menu Filter > Render > Fibers. Dan lakukan setting seperti dibawah. Cara ini adalah untuk menghasilkan sedikit efek grunge pada grafik teks.

Langkah keempatbelas

Masukkan gambar  batu-bata atau apa sahaja yang bersesuaian sebagai latar belakang.

Langkah kelimabelas

Klik Layer ‘Utama’ dan di layer tersebut, kita akan menggunakan setting Overlay. Opacity biarkan 100% atau ikut kesesuaian dengan grafik anda agar teks tersebut kelihatan sedikit tenggelam ke latar belakang dinding.

Langkah Terakhir

Klik layer Kedua’ pula dan anda bolehlah menggunakan setting seperti di bawah:

Berikut ialah hasil graffiti + grunge yang telah di hasilkan.

Anda boleh gunakan teknik yang sama untuk latar belakang yang berlainan. Yang penting gunakan kekretifan anda!

Setelah dapat menghasilkan grafik graffiti dan grunge apa kata anda hantarkan grafik anda di group Syok Grafik Malaysia. Manalah tahu boleh menang minggu ini, gambar hasil kreativiti anda akan ditayang pada orang ramai di facebook :)

Selamat Mencuba!



Kongsi, Bookmark, Print, PDF, Enjoy :)
  • Digg
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • PDF
  • StumbleUpon
  • Twitter
  • email
  • MySpace
  • RSS
  • Tumblr
  • Yahoo! Bookmarks

Mengenai Penulis *Luvleey*

Hai, saya Luvleey atau nama sebenar Nurulhayati Mohamed. Seorang yang amat meminati grafik dan Internet. Seorang yang sangat simple dan sentiasa berusaha memperbaiki diri, suka melihat, merenung, memikir dan melakukan tindakan. Tidak suka bercakap banyak melainkan perkara-perkara penting dan saya percaya berkerja kuat dalam sesuatu perkara yang diminati bakal membuahkan hasil. Namun saya suka berkawan dan bertukar-tukar pandangan dan idea. Di dalam blog ini saya berkongsi-kongsi ilmu dengan anda, jadi berikan saya sokongan dengan meninggalkan komen :)

Comments
Leave a Comment