Found in Perniagaan.

Perlukah Pemasaran Email Bagi Designer?

May 25th, 2010 | Perniagaan | Luvleey | 9 Comments



Laman web merupakan medium yang bagus untuk menerbitkan kandungan dan boleh mewakili sebagai ‘kedai’ bagi perniagaan anda.

Tidak kisahlah anda designer, programmer atau copywriter malah sesiapa sahaja yang menjalankan perniagaan online, dengan hanya memiliki laman web sebagai medium pemasaran adalah tidak mencukupi.

Jika anda mempunyai laman web bagi memasarkan produk atau perkhidmatan anda, anda perlu memikirkan untuk menggunakan servis pemasaran email (autoresponder) sebagai cara untuk berkomunikasi dengan pelanggan anda. Lihat sahaja laman web yang dimiliki oleh beberapa designer di luar sana, hampir kesemuanya menyediakan borang langganan di mana pelawat boleh meninggalkan nama dan email mereka di laman web tersebut.

Laman web hanyalah sebahagian dari pemasaran online. Namun masalah yang sering dihadapi ialah di mana website tidak akan mampu menyediakan maklumat kepada orang ramai di waktu lain. Apa yang saya maksudkan, pelawat kali pertama yang melawat website anda kebiasaannya kekal sebagai ‘one-time visitor’, mereka tidak akan kembali ke website anda.

Keadaan ini sering berlaku apabila pelawat memerlukan lebih banyak maklumat mengenai produk dan servis anda sebelum mereka membuat pembelian. Seperti saya, saya sering menerima emel pertanyaan, “adakah saya benar-benar dapat menghasilkan ecover dengan produk saudari?”, ” adakah servis design saudari menawarkan khidmat tambahan selepas penjualan”, “bolehkah produk dipos ke rumah?” dan pelbagai soalan lagi yang saya terima.

Bagi pelawat, laman web hanyalah sebagai paparan maklumat atau brochure di mana maklumat dikumpulkan dan dipaparkan. Perhubungan anda dengan pelawat anda adalah amat terhad dan memberi kesan kepada keputusan pembelian mereka terhadap produk dan servis anda.

Jadi bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini? kita akan gunakan teknik pemasaran email agar dapat berhubung secara berterusan dengan pelawat dan akhirnya menjadi pelanggan anda. Ka-ching!

Berikut ialah beberapa sebab mengapa anda memerlukan pemasaran email:

1. Ia adalah murah dan cepat. Malah pemasaran emel adalah cara pengiklanan yang paling murah. Namun sudah tentu anda perlu melaburkan sejumlah wang untuk menggunakan sistem autoresponder. Tapi keuntungan yang anda perolehi ialah iklan anda akan di baca oleh beribu-ribu prospek di emel.  Hanya beberapa saat sahaja untuk menghubungi mereka. Email tidak terhad kepada mana-mana negara. Bayangkan memiliki peluang untuk memasarkan produk dan servis anda kepada orang ramai di seluruh negara hanya dalam beberapa saat.

2. Anda boleh terus berhubung dengan pelanggan anda. Kepercayaan biasanya mengambil masa dan melalui pemasaran email anda boleh mewujudkan kepercayaan pelanggan terhadap anda dan perkhidmatan anda.

3. Anda boleh menghantar email yang berlainan kepada kumpulan prospek yang berlainan. Anda boleh mengumpulkan senarai email pelanggan anda kepada beberapa segmen berdasarakan minat, pembelian, atau kriteria-kriteria lain. Dengan berbuat demikian anda akan tahu apa yang perlu dipasarkan dan pelanggan anda akan lebih menghargai anda.

4. Anda akan mengenali mereka yang berminat dengan servis dan produk anda. Anda tahu bahawa cara untuk pelawat melanggan email ialah dengan meletakkan borang langganan di website dan blog anda. Kebanyakkan sistem autoresponder seperti Aweber, Getresponse dan Trafficwave mereka menyediakan kod borang langganan untuk anda copy dan paste sahaja di laman web anda. Dengan cara ini anda akan mendapat senarai pelawat yang memang berminat dengan apa yang anda tawarkan dan anda hanya perlu menghantar emel kepada mereka.

5. Pemasaran emel juga amat berguna jika anda ingin ‘pre-sell’ produk dan servis baru kepada pelanggan yang telah ada. Jika pelanggan anda pernah membeli produk atau servis anda, bermakna mereka telah mempunyai kepercayaan terhadap anda dan kebarangkalian untuk mereka membeli semula dari anda amatlah besar.

Kate Anderson, seorang surirumah dan merupakan pakar website flipping, menyatakan di dalam produk beliau iaitu Flip Mastery bahawa salah satu rahsia kejayaan beliau yang berterusan di dalam penjualan website ialah kerana beliau menjalankan teknik pemasaran email. Setiap kali selesai pembelian website, Kate akan memastikan pelanggan mengisikan borang langganan untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan penjualan website beliau. Jadi apabila beliau mempunyai website yang perlu di jual di flippa, Kate akan terus memaklumkan penjualan tersebut ke pelanggan-pelanggan sedia ada menggunakan sistem autoresponder. Tidak seperti orang lain yang perlu bersusah payah mencari orang agar website mereka dibeli.

Terdapat banyak lagi kelebihan penggunaan pemasaran emel ini. Jika anda designer seperti saya, amatlah penting memiliki autoresponder dan mengetahui teknik pemasaran email agar dapat berterusan menghubungi pelanggan berkaitan servis, produk, kupon dan tawaran kepada mereka bagi mengekalkan hubungan dan pernigaan anda berjalan dengan baik.



Kongsi, Bookmark, Print, PDF, Enjoy :)
  • Digg
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • PDF
  • StumbleUpon
  • Twitter
  • email
  • MySpace
  • RSS
  • Tumblr
  • Yahoo! Bookmarks

Mengenai Penulis *Luvleey*

Hai, saya Luvleey atau nama sebenar Nurulhayati Mohamed. Seorang yang amat meminati grafik dan Internet. Seorang yang sangat simple dan sentiasa berusaha memperbaiki diri, suka melihat, merenung, memikir dan melakukan tindakan. Tidak suka bercakap banyak melainkan perkara-perkara penting dan saya percaya berkerja kuat dalam sesuatu perkara yang diminati bakal membuahkan hasil. Namun saya suka berkawan dan bertukar-tukar pandangan dan idea. Di dalam blog ini saya berkongsi-kongsi ilmu dengan anda, jadi berikan saya sokongan dengan meninggalkan komen :)

Comments
Leave a Comment