“Mamaaa…dua mat saleh!”
Itulah dialog salah satu iklan Astro sempena menjelangnya musim World Cup ini. Pelbagai iklan promosi dan iklan sponsor mula muncul di tv. Demam bola semakin dirasai dan saya pasti ramai yang membilang jari hari menjelang World Cup (sewaktu saya menulis pos ini, hanya beberapa saat sahaja lagi!). Kali terakhir saya di Afrika Selatan ketika sebelum pulang ke Malaysia iaitu tahun 1996. Jika saya masih tinggal di Afrika, sudah tentu saya dan keluarga menempah tiket ke South Afrika untuk melihat bola..ececeh! Saya sebenarnya bukanlah fanatik sangat dengan bola. Cuma saya suka tengok kemeriahan grafik-grafik yang dipamerkan apabila datang sesuatu musim.
Apabila tibanya musim sebegini, ambil peluang anda untuk menjual produk seperti T-Shirt, jersi, kasut, sticker, poster, topi, mousepad dan pelbagai lagi produk fizikal berkaitan World Cup. Memang cukup laku. Saya dengar sudah ramai yang menjana ribuan ringgit sebulan dengan menjual produk-produk ini. Di internet ini, kita tidak perlu hanya tumpukan pada produk digital, dengan menjual produk fizikal di Internet pun sudah cukup menguntungkan.
Saya tercari-cari design vector logo World Cup 2010 dan kebanyakkan bukan design logo sebenar. Design logo sebenar ialah seperti di laman web rasmi FIFA. Lihat gradient, warna dan bevelnya memang smooth dan cantik.

Anda boleh klik di sini untuk memutturun logo ini. Pastikan anda download panduan berkaitan penggunaan Official Marks FIFA (senarai do’s and don’ts) sebelum anda menggunakannya untuk sebarang penjualan dan pemasaran.
Sedikit info berkaitan logo ini:
In the logo, two arches come together expressing our unity in diversity, the colours reflect our oceanic backdrop, green for our recreational environments and the golden beaches which mark us as South Africa’s outstanding tourism destination. ~ BuaNews
Ya, Afrika Selatan memang cantik. Lagi-lagi di Cape Town (Tanjung Harapan). Saya dan family singgah di Cape Town dan bertemu dengan penduduk Melayu di sana. Apabila saya katakan melayu, bukan melayu asli tapi melayu kacukan. Moyang-moyang mereka merupakan melayu asli tapi berdagang di laut dan akhirnya berkahwin dengan orang luar. Namun mereka tetap menggelar diri mereka sebagai orang Melayu dan mereka amat gembira apabila ada melayu asli datang ke tempat mereka. Mereka akan menyambut anda seperti kenalan yang sudah lama. Dan..anda pasti tahu biasanya melayu kacukan cantik dan kacak semuanya oh!





Salam.
Nanti bila2 masa Luv nak p Africa lagi.. saya nak ikut….
ahahaha…boleh2..tapi Poey sponsor ticketlah yek
wahhh dah pernah sampai ke sana eh. cool la hehe
tak cool, panas di Tanzania…tapi afrika selatan sejuk dan cantik…memang cool
Salam, terima kasih atas sumbangan logo nih
action script hari tu sy xdapat lg
Kad Raya Action Script ke? dah isi nama dan emel?
dah isi kt komen kad raya tu
Pernah stay kat Africa ke? Cayalah!
yes, orang lain pergi England, pergi US..kami sekeluarga pilih afrika..lain dari yang lain..lebih kepada nature dan memang seronok. Dapat pergi safari dan tengok haiwan beraksi secara live
wah untung rr g Africa…citer kit camna suasana di sana…..
oh…saya tinggal di Tanzania, lebih kurang dua tahun tak silap..sekolah di sana. Nanti saya cerita lagi
thanks for sharing…very good piece of work :), nice profile story too…good on you
Thanks for the kind words!
owh ada kat sini rupanya link download tuh..hehe trimas kak..
ish bahaya ni tak nampak link hehe..
bkan apa.. sbb yang hari tuh saya tgk kat dalam FB x de pula bagi link dwnload.. rupanya ada kat sini ..hehe
bilalah agaknya bro akan sampai kat cape town tu?….
terima kasih bro dah download, memang suka sesangat apatah lagi dalam format ai (adobe illustrator CS3)..
subhanallah… berjalan dimuka bumi Allah, nescaya akan nampak tanda-tanda kebesaran Allah. Bestnya… harap2 dpt jugsk ke sana.