Tahukah anda facebook membenarkan anda meletak gambar profile bersaiz 200 px X 600 px sebesar ini:

Jadi apabila anda dibenarkan menggunakan ruang percuma di laman web sosial yang paling popular di Malaysia mengikut Alexa, gunakanlah sebaik mungkin untuk memperkenalkan diri anda dan juga perniagaan anda. Ia seumpama peluang meletak banner percuma di web pengiklanan yang popular.
Jadi di sini saya tunjukkan sekali imbas cara saya membina gambar profile facebook untuk fan page klien. (pastikan anda membaca hingga ke hujung pos kerana ada sesuatu yang istimewa untuk anda).
Baiklah ayuh kita mulakan!
1. Mulakan dengan canvas baru dengan setting seperti di bawah:

Kita akan dapat saiz 200 px X 600 px seperti gambar di awal pos. Sekarang apa yang perlu kita lakukan ialah mengukur saiz thumbnail di canvas kita. Saiz yang akan diambil oleh facebook ialah dalam 170 px X 170 px di mana saiz tersebut akan dikecilkan ke 50 px X 50 px dan dijadikan thumbnail/avatar (gambar di sebelah status anda).
2. Saya akan mengukur menggunakan ‘Rectangular Marquee Tool‘ dan setkan ‘170 px X 170 px fixed size‘.

3. Kemudian bawakan pointer mouse ke canvas dan klik bahagian yang anda ingin fokuskan untuk dijadikan sebagai thumbnail. Saya telah memilih kawasan saya seperti di bawah dan saya gunakan pembaris (klik CTRL + R) dan highlight kawasan tersebut (klik di kawasan pembaris dan tarik ke canvas).

(updates: anda boleh mengukur sehingga 176 px X 176 px ruang untuk thumbnail) Dengan adanya garisan highlight sebagai panduan, anda boleh hiaskan bahagian tersebut dengan gambar anda, logo, atau apa sahaja yang anda ingin fokuskan. Saya tambah gambar yang saya ingin fokuskan untuk dijadikan thumbnail di bawah:

Seterusnya anda boleh hiaskan keseluruhan gambar dengan maklumat perniagaan, produk, servis dan jika anda membina gambar profile untuk fan page anda, bolehlah masukkan maklumat berkaitan fan page anda dan apa yang anda tawarkan kepada pelawat agar mereka berminat untuk menyertai fan page anda. Hasil akhir saya:


Dan hasil thumbnail akan kelihatan seperti ini. Lihat bahagian yang difokuskan dijadikan thumbnail.

Gambar pula akan kelihatan amat menonjol di profile seperti di bawah. Mata pengunjung akan terus terlekat di gambar profile sebaik sahaja melihat profile anda. Maka berikanlah mereka maklumat apa sahaja yang ditawarkan agar mereka terus menekan butang ‘Like’ atau ‘Add as Friend’.

Amacam? ok ke? pasti anda pun telah mempunyai gambar profile facebook yang menarik. Jadi silalah meletak link ke gambar profile facebook anda di komen di bawah dan jangan lupa untuk add saya sebagai kawan di facebook
Psstt..istimewa untuk anda: ada sesiapa mahu tahu cara saya membina teks 3D di gambar profile di atas dan sama seperti header blog ini? Jika mahu silalah komen di bawah untuk saya berikan tutorial dan tools khas buat anda yang berminat





Salam saya nak belajar buat 3Dtext ni masih ada harapan tak..?
harapan bakal menjadi kenyataan hehehe
Salam.. thanks for the ilmu yg menarik..berminat juga nk belajar buat gambar 3d cam header tu, leh share2 ke?
thanks
Assalamu’alaikum Luvleey,
Ooo Luvleey yang design tu…
Tip yang menarik, terima kasih.
Saya berminat juga untuk belajar buat Teks3D sebab nak jadikan laman web2x
sedia ada berwajah baru.
Sekian
Dean
Salam,
kalau tak keberatan bolehlah berkongsi ilmu ..
salam kak luvleey, sye pun berminat nk berlajar tulisan 3D mcm tu. sye skrg ontheway nak design kan mak saya satu label & logo untuk produk dia.
thnx
Salam. Kenapa gambar “sedaplicious2″ tak keluar?
Waalaikumussalam..Jika di bahagian saya keluar. Nanti saya cek semula.
Owah..first time tgk memang tertarik…memang berminat untuk belajar 3D text ni.Kalau diapply pada fan page kami..boleh menarik org untuk klik “like” =)
hye..sy berminat nk blajar wat text 3D tu,leh tlg ajr x? tq
sy berminat nk blajar 3D text..
salam..
saya masih baru dlm bidang ni, ambil course lain di u, tp nk blaja 3d ni jgk…
SALAM….
SAya berminat nak tau n dapat info macamaner nak buat teks 3d. Boleh emailkn kan???
Thanks…:-)
tips yg amat menarik. akak pun nak belajar le. macam mannnnnn
belajar2 kak, sama2 kita menurunkan berat badan
bagus mbak,,,boleh kenal gak…
saya juga minat nak belajar bgmana nak bina 3D tek tu…harap dpt share
blh wat panjang tu yea…nak wat gak la…
salam Luvley….saya pun mo belajar tutorial n mendapat tools membuat teks 3D.
Salam,macam mana nak dapat toturial 3d text tu..
berminat jugak
jika tidak keberatan boleyh kongsikan dengan saya?
terima kasih
tips yang bru bagi saya….
saya pun minat jgak nak bljar 3d design ni…..
saya nak juga….
saya nak juga..
best senang faham n mudah utk d aplikasikan..
TQ..
tlg ajarkan saya camna nak wat text tu cantik
best…sblum nie nak edit2 nie tak cukup ilmu…
dari cnie sy nmpak byk bnde dapat kita mksimakan…