Beberapa hari lepas saya telah berjanji untuk memberitahu cara saya membuat 3D seperti header blog ini dan banyak lagi 3D yang telah saya hasilkan. Ramai yang memberi maklumbalas positif berminat untuk belajar. Terima kasih saya ucapkan. Pada awal saya menghasilkan header blog ini, saya amat terkejut dengan jumlah email yang saya terima, semua meminta saya mengajar cara menghasilkan 3D seperti header blog ini. Sampai ada yang mesej saya di facebook, dan sanggup mengeluarkan wang untuk mempelajarinya atau mendapatkan design 3D.

Cara menghasilkan 3D ini mudah sahaja. Cuma teknik dan skill tersendiri yang akan mencantikkan 3D yang dihasilkan. Rasanya ramai yang dah tahu cara menghasilkan 3D. Cuma mungkin cara saya mencantikkan 3D tersebut berlainan kerana saya menggunakan skill yang bertahun-tahun melalui pengalaman saya.
Terdapat pelbagai cara atau alternatif untuk menghasilkan 3D dan setiap cara mempunyai hasil 3D yang tersendiri. Di antara cara menghasilkan 3D ini ialah:
1. Menggunakan Software 3D seperti 3D Studio Max, Xara 3D dan Cinema 4D
Saya tidak pernah lagi menggunakan software-software ini tapi hasil 3D yang dihasilkan adalah cukup cantik. Cuma untuk hasilkan 3D yang kelihatan ‘hidup’, anda perlu juga export 3D ini ke photoshop. Caranya export 3D dari software 3D ini ke image .png dan seterusnya anda bolehlah buka image tersebut di photoshop untuk menambahkan efek-efek khas mengikut citarasa anda.
2. Menggunakan Adobe Illustrator
Anda juga boleh membina 3D menggunakan Illustrator. Hanya klik Effect>3D>Extrude and Bevel. Kemudian copy 3D image tersebut dan paste juga ke photoshop untuk lebih mudah mencantikkan dan menambahkan efek.
3. Bina menggunakan Photoshop CS5 Extended
Ya, dengan menggunakan photoshop CS5 extended anda dapat membina 3D terus dari photoshop. Tak perlu export image dari software lain, hanya terus bina dari dalam photoshop. Anda hanya perlu pergi 3D>Repoussé. Repoussé ini merupakan tool 3D yang baru diperkenalkan di Photoshop CS5. Anda boleh menggunakannya bagi menghasilkan 3D untuk apa sahaja termasuk teks, selection dan layer mask. Kerja anda lebih mudah namun anda harus memiliki Ps CS5 dulu barulah anda dapat hasilkan 3D tersebut.
Antara banyak-banyak teknik untuk menghasilkan 3D ini, saya lebih suka menghasilkan 3D terus melalui photoshop sahaja dari terpaksa menggunakan software 3D lain dulu kerana kelebihan menghasilkan 3D di photoshop lebih mudah dan tidak leceh. Contohnya dari segi perubahan warna, texture dan cahaya lebih cepat dilakukan berbanding jika menggunakan software 3D lain. Dan jika anda mahir, 3D tersebut akan kelihatan timbul dan ‘hidup’ tanpa menggunakan software 3D tapi hanya menggunakan photoshop.
Tapi bagaimana pula dengan anda yang menggunakan Photoshop versi lama? (CS2, CS3 atau CS4)? Nantikan pos saya esok bagaimana saya menghasilkan 3D di photoshop versi lama.
Kita layan dulu video di bawah:





thanks 4 the info…
ok no problem.
ya mmg menarik. terima kasih kerana bermurah hati utk berkongsi…takpe amal jariah nih.
Sama-sama
Waaa… bestnya! Akak… video ni pun akak buat ye? Guna tool apa kak? Saya ada juga belajar sikit pasal buat vdeo. tp ni hebat ni!
Terima kasih, video simple je..ram tak cukup huhuhu..
…. saya tertarik dan teruja dengan video yang di tayang kan tadi.
terima kaseh daun keladi kak
terima kasih daun keladi juga kerana menonton. Nantikan esok sambungan part 2..
yaaaa..
thanks for the info kak!
sangat bergune!
saye ade pernah gune jgk software 3d kat atas tuh..
just kreativiti lom ckop utk hasilkn mcm header blog neh..
klu akak wt tutorial utk wat header blog ni lg cantik kak..
jdkn sebagai contoh la mcm 2..
tp akak wt video kt atas neh cmne ea?
pki software ape ea?
Thanks Apexi, akak guna Ae sahaja.
wah terbaik ah…paling best tgk video tue..nak try wat jugak la…
Terbaik sis :))
Thank Alif
terima kasih luvleey,
saya rasa photoshop CS4 mmg dah ada fitur untuk buat 3D ni..
p/s: CS5 x penah try lagi…. x jumpa lagi installer.. hee
Ae??
software ape tuh kak?
Ae stands for what?
Ae = Adobe Encoder ke kak??
Bukan Apexi, AE = After Effect
Wah kak, gempak betul video tu.. Saya pernah nk belajar guna AE ni, pening la, tak paham.. ;P
Akak mmg best la.. terima kasih untuk info ni.. untuk 3d saya cuma pernah gunakan Xara 3D, agak leceh.
Kalau guna photoshop saya x pernah lagi.. Saya baru je dptkan CS5 extended, blum usha-usha lagi cara nak buat 3D masih blur.. hehe.. x sabar nk tggu tutorial seterusnya..
.
thanks sis 4 sharing this
salam sis.. thanks for the info.. tak sabar nak tunggu next tutorial buat 3D guna CS4
Tak sabar tunggu Luvleey buat post design 3D guna PS version lama. Nak submit kat blog post haku jugaks..
share yg sangat baik… thanks. Semoga Allah beri ilmu yg lebih banyak
salam. awak pakai photoshop cs5 ke? harga brapa ey?
tabik spring!!
Terima kasih bro Hadzrin
hebat! sangat menarik saya pakai CS3…saya nantikan pos seterusnya….:) Rjukan SIfuku hehe
Assalamualaikum,
Salam perkenalan…Syabas dan tahniah atas segala usaha luvleey. Kak Nura amat berbangga mempunyai seorang gadis rakyat Malaysia yang berwibawa seperti luvleey ini. Kak nura amat berminat sekali untuk mempelajari grafik dan cara untuk membuat ecover. Insyaallah kak akan mengikuti perkembangan informasi luvleey nanti. Salam hormat.
Salam ada action ps yang best2 tak, unutk photo..nice info this thanks, kalo ada action yg best2 nak donlod, kat DA dah cari (termasuk Google)..tq, email nineshaari@gmail.com
perkongsian yang sunggug menarik
terimah kasih luvlee
rajin dan teknik yang betul, kunci kejayaan
salam sis..
terima kasih kerana share ilmu sis
saya harap sis akan lebih maju di masa depan!
Sebelum ni sy x pernah buat 3d lg.. hope pas ni boleh try2
thanks info nurul, walaupun sekali-sekala update post di blog, namun setiap kali post yang di update pasti memberikan sesuatu yang bermakna kepada semua peminat grafik…..
Terima kasih bro Matzis kerana menjadi pembaca setia blog ini
x sabar nk tgk part seterusnya.. :).. terpegun sungguh dgn header itu..
Sis ni memang pro la…
hmm bagus.. baru dok blajar Flash dulu dah blajar PS nih tapi sekerat jln je hehehe
ok pnya neh tips…trima kasih telah berbagi,,,
cantiknya header tu….suka sgt…=)
nak kena blaja bt 3d lak la pasni..mcm best..photoshop pun baru nyawa2 ikan je ni..huhu
Salam Kak Luvlee..
Bro safuan pelipur lara bagitau akak ni senior sekolah keramat dulu eh?hehehe…Saya ni super junior…hehehe
Nice posting mengenai 3D design…tak sabar nak tgu part seterusnya, harap luvlee sentiasa berkongsi ya…hehehe
Amril Muidz
Luvleey
Saya pun minat gak bab design ni.. Sebab ia terlalu kreatif dan berseni
Harap dapat banyak tunjukkan dari luvleey..
Salam. sy pon suka edit2 gmbr ni. hmm.. kalau adobe photoshop 7 dpt ke x??? sbb sy guna tu. cs3 pernah beli cd tp xde key, so x bleh nk guna dah. hbs da trial date dia.
Jika gambar boleh..apa2 versi pun boleh tapi jika action script, cs2 ke atas.
Thanks, Luv…atas inspirasi artikel ni i dah try buat 3d text (XARA 3D + Photoshop) but simple je..almaklumla br nk cuba ..Alhamdullilah..please take a look kawan2
di banner header..thanks again