Posts Tagged ‘grafik’

Ok, Ini Cara Menghasilkan 3D! Part 1

June 27th, 2010 | Umum | Luvleey | 24 Comments

Beberapa hari lepas saya telah berjanji untuk memberitahu cara saya membuat 3D seperti header blog ini dan banyak lagi 3D yang telah saya hasilkan. Ramai yang memberi maklumbalas positif berminat untuk belajar. Terima kasih saya ucapkan. Pada awal saya menghasilkan header blog ini, saya amat terkejut dengan jumlah email yang saya terima, semua meminta saya mengajar cara menghasilkan 3D seperti header blog ini. Sampai ada yang mesej saya di facebook, dan sanggup mengeluarkan wang untuk mempelajarinya atau mendapatkan design 3D.

Read More

Maksimumkan Penggunaan Saiz Gambar Profile Facebook Anda

June 21st, 2010 | Tutorial Grafik | Luvleey | 65 Comments

Tahukah anda facebook membenarkan anda meletak gambar profile sebesar 200 px X 600 px? Jadi apabila anda dibenarkan menggunakan ruang percuma di laman web sosial yang paling popular di Malaysia mengikut Alexa, gunakanlah sebaik mungkin untuk memperkenalkan diri anda dan juga perniagaan anda. Ia seumpama peluang meletak banner percuma di web pengiklanan yang popular. Di sini saya tunjukkan sekali imbas cara saya membina gambar profile facebook untuk klien saya.

Read More

Download Vector Logo Rasmi World Cup 2010 Afrika Selatan

June 10th, 2010 | Grafik Percuma | Luvleey | 19 Comments

Apabila tibanya musim sebegini, ambil peluang anda untuk menjual produk seperti T-Shirt, jersi, kasut, sticker, poster, topi, mousepad dan pelbagai lagi produk fizikal berkaitan World Cup. Memang cukup laku. Saya dengar sudah ramai yang menjana ribuan ringgit sebulan dengan menjual produk-produk ini. Di internet ini, kita tidak perlu hanya tumpukan pada produk digital, dengan menjual produk fizikal di Internet pun sudah cukup menguntungkan.

Saya tercari-cari design vector logo World Cup 2010 dan kebanyakkan bukan design logo sebenar. Design logo sebenar ialah seperti di laman web rasmi FIFA.

Read More

Tutorial Graffiti & Grunge

May 5th, 2010 | Tutorial Grafik | Luvleey | 69 Comments

Apabila disebut graffiti biasanya ia melibatkan text yang berwarna-warni dan gambar yang dilukis-lukis di dinding. Biasanya artist dan designer dari seluruh negara menghasilkan graffiti untuk menyatakan maksud di batu dan dinding. Hanya menggunakan font graffiti dan menambah sedikit efek grunge, anda dapat menghasilkan grafik Graffiti + Grunge di Photoshop.

Read More

Sudi Jadi Kawan Saya?

April 22nd, 2010 | Umum | Luvleey | 30 Comments

Bagi anda yang ingin mengikuti perkembangan saya, biasanya saya akan online di facebook. Ketika saya bekerja saya akan online Facebook dan sekali-sekala saya akan mengemaskini status dan membaca status kawan-kawan. Jadi dengan segala hormatnya saya menjemput anda menjadi kawan saya di Facebook

Read More

Tutorial Ringkas Cara Menghasilkan Photoshop Brush Anda Sendiri

March 15th, 2010 | Tutorial Grafik | Luvleey | 39 Comments

Tutorial kali ini adalah tutorial ringkas cara menghasilkan ‘Photoshop Brush’ anda sendiri. Anda mungkin tertanya-tanya bagaimana wujudnya ‘photoshop brush’ ini. Jawapannya ialah ‘brush-brush’ ini dihasilkan di dalam photoshop juga. Caranya amat ringkas.

Read More

Inspirasi: Keluarkan Harimau Daripada Diri Anda

February 14th, 2010 | Inspirasi | Luvleey | 41 Comments

Kali terakhir saya melihat harimau secara ‘live’ ialah ketika di Tanzania, Afrika. Saya masih teringat, Pajero kami berhenti di bawah pokok, sedar-sedar ada Harimau Bintang sedang memanjat pokok tersebut. Cepat-cepat kami tutup bumbung kereta, kalau tidak…

Read More